30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ameera Zaini Rindu Dunia ‘Hosting’, Beri Fokus Pada Bisnes Dahulu – ‘Saya Akan Kembali Tapi Tunggu Stabil, Kesihatan Pun Kena Jaga’

    Shopee Sale



    Pengacara dan usahawan, Ameera Zaini akui rindu untuk aktif kembali dalam dunia pengacaraan.

    Fokus bisnes

    Menjawab mengenai pengacaraan, Ameera Zaini, 36, memilih untuk memberi komitmen sepenuhnya pada bisnes buat masa sekarang.

    Menurutnya, dia masih menerima tawaran sebagai pengacara sehingga kini.

    Saya rindu nak jadi pengacara tapi saya pun tak pasti masih relevan ke tidak.

    Untuk offer, saya ada dapat.

    Tapi buat masa sekarang saya kena beri komitmen pada bisnes.

    Ameera berkata demikian ketika ditemui , pada majlis pelancaran Steve Madden x Ameera Zaini Raya Ekslusif di Mid Valley Mall, pada Khamis.

    MENARIK:  Selepas Disamakan Dengan Heeseung Enhypen, Netizen Kata Wajah Hael Husaini Iras Pelakon Jepun, Sota Fukushi Pula!

    Berkongsi lebih lanjut, ibu kepada dua orang cahaya mata itu mendedahkan bahawa dia akan kembali aktif dalam bidang pengacaraan selepas perniagaannya mencapai tahap yang lebih stabil.

    Ada rasa nak mengacara semula bila tengok kawan-kawan buat hosting.

    Tapi bukan tahun ini, mungkin nanti. Bila lebih stabil sebab saya pun nak kena jaga kesihatan juga.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah