
Bilangan ahli keluarga termasuk pembantu yang tinggal di rumah usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri menjadikan jumlah kos bulanan menghampiri sehingga RM60,000.
Kos bulanan untuk makanan
Menerusi klip potongan siaran langsung di TikTok, Aliff atau nama lengkap Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata, kos untuk makanan adalah RM15,000 bagi 14 orang penghuni di dalam rumahnya.
Rumah saya ada 14 orang, paling sikit RM15,000 untuk makanan.
Rezeki saya Alhamdulillah, walaupun tak banyak.
Bagaimanapun, Aliff bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya untuk membayar komitmen bulanan.
Murah rezeki




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kerajinan usahawan berusia 38 tahun itu yang sentiasa berusaha mencari rezeki untuk kesenangan keluarganya. Selain itu, warganet turut mendoakan rezeki Aliff sentiasa dipermudahkan.





