Perdana Menteri Britain Keir Starmer mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin selepas berkhidmat kurang daripada dua tahun.
AFP melaporkan keputusannya itu dibuat dalam tempoh pentadbiran yang dicemari beberapa pusingan U dasar serta tahap ketidakpopularan dalam kalangan rakyat
“Setiap keputusan yang saya ambil adalah demi mengutamakan negara yang saya cintai.
“Oleh sebab itu, saya akan meletakkan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh,” kata Starmer dalam ucapan emosi di luar kediaman rasminya di 10, Downing Street.
Starmer berkata proses pengundian pemimpin Parti Buruh yang baharu akan bermula pada Julai dan dia kekal sebagai perdana menteri sehingga penggantinya dipilih untuk mengambil alih jawatan pada September.





