Pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Afi & Abah iaitu Rieefqie Shah meluahkan hasratnya untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pelakon Afi & Abah Dedah Pernah Berdepan Dengan Penyakit – ‘Hari-Hari Aku Bangun Rasa Nak Mati, Jadi Penat Dengan Hidup’
Artikel Berkaitan: Masih Lagi Pelakon Cilik Afi & Abah? Lama Menghilang, Kini Dia Jadi Penyanyi Hip-Hop
Rindu berlakon
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Rieefqie akui merindui dunia lakonan yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya.
Tambah Rieefqie, dia banyak menghadiri sesi ujibakat namun rezeki masih belum menyebelahinya apabila kebanyakan pihak produksi belum memberi peluang untuknya kembali berlakon.
Rindunya nak berlakon.
Kenapa produksi sekarang semua reject aku?
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mengimbas kembali zaman drama bersiri Afi & Abah menjadi penantian kebanyakan penonton.
Selain itu, warganet turut mendoakan pelakon berusia 27 tahun itu dikurniakan rezeki untuk kembali aktif berlakon susulan rupa paras yang disifatkan sebagai pakej lengkap.
Sumber: Threads @qieddo
The post Rieefqie Shah Rindu Berlakon, Dedah Selalu Kena ‘Reject’ first appeared on OHBULAN!.





