Isu warga asing yang mengahwini warga tempatan semata-mata untuk mendapatkan lesen perniagaan di Selangor semakin membimbangkan.
Artikel Berkaitan: Subsidi Minyak Disasar Semula: Rakyat Dilindungi, Warga Asing & Korporat Tak Lagi Nikmati Harga Rakyat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Warga Asing Enggan Terima Bantuan Wang Dari PU Riz Walau Dalam Kesulitan – ‘Janganlah, Awak Sendiri Pun Sedang Susah’
Warga asing kahwini warga tempatan

Memetik laporan Buletin TV3, perkahwinan tersebut dipercayai bertujuan memudahkan urusan perniagaan selain membolehkan mereka terus menetap di negara ini.
Menurut Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim, isu tersebut telah berlaku sejak lebih sedekad lalu dan sukar diambil tindakan kerana lesen perniagaan berkenaan didaftarkan secara sah atas nama warga tempatan.
Modus operandi ini antara cabaran yang menyukarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan kerana lesen perniagaan diperoleh atas nama pasangan yang juga warga tempatan.
Apabila operasi penguatkuasaan dijalankan, individu terbabit sering memberi alasan mereka hanya membantu pasangan menguruskan perniagaan.
Kita berdepan dilema untuk mengambil tindakan kerana lesen itu sah dan didaftarkan atas nama warga tempatan.
Tambahnya, tindakan tegas akan terus diambil terhadap peniaga yang beroperasi tanpa lesen selain meneliti kaedah terbaik bagi menangani isu perkahwinan antara warga asing dan tempatan yang semakin berleluasa.
Sumber: Buletin TV3
The post Kes Warga Asing Kahwini Warga Tempatan Demi Lesen Berniaga Di Selangor Makin Berleluasa first appeared on OHBULAN!.





