Perjalanan Jamilul Hayat atau lebih dikenali sebagai Pak Hayat dalam program Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2) berjaya mencuri perhatian ramai apabila menunjukkan perubahan positif dari segi kesihatan dan keyakinan diri.
Artikel Berkaitan: Dakwaan Pengurus ‘Kekwat’ & Tak Profesional, Hussain Letak Kesalahan Atas Bahu Sendiri – ‘Manager Saya Buat Kerja’
Jamilul Hayat takut sesak nafas

Pak Hayat yang merupakan pengurus kepada peserta, Hussain, sebelum ini berdepan masalah paru-paru sehingga memberi kesan terhadap pergerakan dan rutin hariannya.
Selain menjadi pengurus kepada Hussain, Pak Hayat turut mengusahakan perniagaan nasi lemak di Ipoh bersama isterinya sebagai sumber pendapatan keluarga.
Menurut Pak Hayat, keadaan kesihatannya sebelum ini menyebabkan dia mudah semput, cepat letih dan memerlukan bantuan untuk bergerak. Malah, dia mengakui setiap pagi dirinya diselubungi rasa takut kerana bimbang mengalami sesak nafas.
Setiap kali saya bangun pagi untuk ambil wuduk di waktu Subuh, saya mesti menjerit ketakutan. Takut sesak nafas.
Sepanjang menyertai TTMM2, Pak Hayat menerima pemantauan kesihatan secara berkala termasuk konsultasi, pemeriksaan kesihatan, bimbingan pemakanan serta galakan untuk mengamalkan gaya hidup lebih aktif.
Malah, dia turut menerima sebuah basikal senaman statik bagi membantunya melakukan aktiviti fizikal secara konsisten di rumah.
Inisiatif ini mencerminkan pendekatan Eskayvie dalam memberi sokongan kesihatan secara lebih menyeluruh melalui pemantauan, bimbingan gaya hidup dan sokongan nutrisi yang bersesuaian.
Sudah mampu berjalan tanpa tongkat

Menurut Pengasas Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri berkata, perkembangan kesihatan Pak Hayat menunjukkan perubahan yang memberangsangkan selepas dipantau dari semasa ke semasa.
Kepekatan oksigen Pak Hayat meningkat daripada 88 peratus kepada 96 peratus, manakala bacaan digital spirometer turut menunjukkan peningkatan daripada sekitar 280 mililiter kepada 420 mililiter.
Perubahan itu turut jelas kelihatan sepanjang program berlangsung apabila Pak Hayat semakin aktif bergerak dan lebih yakin dengan dirinya.
Jika sebelum ini dia sering menggunakan tongkat, Pak Hayat akhirnya mampu berjalan tanpa bantuan selain berjoget di atas pentas dan menyampaikan nyanyian pada episod akhir TTMM2.
Bagi Pak Hayat, perubahan yang dialaminya bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan fizikal, malah turut mengembalikan keyakinan serta ketenangan dalam menjalani kehidupan seharian.
Bangun pagi rasa macam orang baharu. Yang penting, saya dah tak takut nak ambil wuduk.
Walaupun TTMM2 sudah melabuhkan tirai, perjalanan kesihatan Pak Hayat masih akan diteruskan menerusi pemantauan dan sokongan berterusan sepanjang enam bulan akan datang.
Kisah Pak Hayat diharap dapat menjadi inspirasi kepada mereka yang sedang berdepan cabaran kesihatan agar terus berusaha mendapatkan rawatan dan sokongan yang diperlukan, selain tidak mudah berputus asa.
The post ‘Setiap Kali Saya Ambil Wuduk Waktu Subuh, Mesti Menjerit Ketakutan’ – Jamilul Hayat first appeared on OHBULAN!.





