Seorang mekanik dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan yang tular baru-baru ini, memilih untuk tidak lagi menerima wang infak daripada orang ramai buat sementara waktu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Enggan Ambil, Abang Minyak Hitam Jalanan Infaq Semula RM3,000 Sumbangan Dicky Yau
Artikel Berkaitan: Akmal Old Money Tak Menunjuk, Infak RM20,000 Untuk 40 Slot Berbuka Puasa
Tutup infak
Menerusi laporan oleh The Stail Official, Abang Minyak Hitam Jalanan atau nama sebenarnya Mohd Yusof Mohd Noor berkata, ramai yang mahu memberi wang sumbangan kepadanya berikutan dia sering membantu individu yang memerlukan.
Namun, tindakan Yusof untuk tidak menerima sumbangan tersebut adalah kerana gusar jika dia tidak mampu menguruskan wang tersebut dengan amanah.
Ramai mesej saya nak infak tapi buat masa ini memang saya sudah tutup.
Saya tak nak, takut saya gelap mata dan tersalah jalan.
Dalam masa yang sama, Yusof memohon maaf dan berharap orang ramai memahami keputusan yang diambil.
Saya takut akan datang nanti perkara ini menjadi berpanjangan, sekarang pun ada isu-isu yang panas. Saya mohon maaf.
Saya tutup dari tahun lepas lagi sebab selalunya apabila seorang beri, orang yang sama akan terus memberi.
Saya tak mahu duit itu menjadi terlalu banyak.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi sifat keikhlasan yang dimiliki Yusof dalam membantu insan yang berada dalam kesusahan.
Selain itu, warganet turut menghormati keputusan Yusof untuk tidak menerima infak buat sementara waktu kerana memahami akan ujian apabila mempunyai wang yang banyak.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Yusof membantu seorang individu iaitu Dicky Yau yang sedang mengalami kerosakan motosikal.
Yusof sebelum ini kerap berkongsi kandungan di akaun TikTok miliknya iaitu “Minyak Hitam Jalanan”, yang memaparkan usahanya membantu individu yang berdepan masalah kerosakan motosikal tanpa mengharapkan balasan atau bayaran.
Sumber: The Stail
The post [VIDEO] Abang ‘Minyak Hitam Jalanan’ Tutup Infak Sementara – ‘Saya Takut Gelap Mata & Tersalah Jalan’ first appeared on OHBULAN!.





