29 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis N Sembilan rampas dadah RM19.4 juta bagi enam bulan pertama

    Shopee Sale

    Dadah pelbagai jenis bernilai RM19.4 juta dirampas menerusi kes pengedaran dan pemilikan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini di Negeri Sembilan, dengan syabu, ganja dan ketamin merupakan rampasan tertinggi

    Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya turut menahan 3,642 individu atas pelbagai kesalahan dadah membabitkan 626 pengedar iaitu meningkat 13 peratus berbanding 555 individu bagi tempoh sama tahun lepas, manakala 1,204 individu memiliki dadah, meningkat 11 peratus.

    “Daripada 626 tangkapan, 97 ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 36 mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1952. Kebanyakan mereka merupakan dalang, peranancang dan pembiaya sindiket dadah yang ditahan di pelbagai lokasi termasuk pusat hiburan dan makmal pemprosesan.

    “Kebanyakan tangkapan adalah warga tempatan daripada pelbagai peringkat umur termasuk penjawat awam, bekerja sendiri dan tidak berkerja...kita tidak menolak sebahagian yang ditahan turut melibatkan warga asing,” katanya pada sidang media pelupusan dadah di Seremban hari ini.

    Beliau berkata tangkapan kes urin pula menurun kepada 1,811 individu berbanding 2,354 individu bagi tempoh sama tahun lepas dan bagi sitaan harta pengedar, tindakan di bawah Akta Pelucuthakan Harta 1988 terhadap kesemua aset berjumlah RM1.1 juta.

    Dalam pada itu, Alzafny berkata pihaknya melupuskan pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses bahan itu berjumlah RM2.08 juta membabitkan 685.5 kilogram dadah dan 149.9 liter cecair termasuk heroin, ganja, syabu, ketamin dan air ketum daripada 2,184 kertas siasatan sejak 2001 hingga tahun ini.

    Beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Negeri Sembilan akan membuat pelupusan barang kes dadah pada hari ini dengan menghantar kesemua barang kes tersebut ke Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelanduk, Port Dickson.

    MENARIK:  Budi95, manfaat kepengerusian Asean antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

    “Pelupusan dadah pada tahun ini membabitkan semua daerah dan kesemua eksibit adalah hasil serbuan dan rampasan yang dilakukan serta selesai daripada segala prosiding mahkamah,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis meningkatkan penguatkuasaan di 26 kawasan “hotspot” dan 19 “flashpoint” kemungkinan berlaku kejadian tidak diingini di seluruh Negeri Sembilan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

    Alzafny berkata daripada 26 kawasan hotspot itu, 11 dikenal pasti di Seremban, diikuti lima masing-masing di Jempol dan Tampin, tiga di Nilai serta dua di Rembau.

    “Kawasan hotspot ini berdasarkan penilaian kejadian pilihan raya lepas serta penilaian terkini Cawangan Khas bagi membolehkan polis membuat penempatan awal pegawai dan anggota serta bantuan daripada kontinjen lain sekiranya berlaku sebarang insiden,” katanya.

    Beliau berkata 4,800 pegawai dan anggota akan digerakkan, selain menerima bantuan 1,373 pegawai dan anggota dari Bukit Aman yang akan ditempatkan di saluran mengundi bermula pada penghujung tempoh berkempen hingga beberapa hari selepas pengundian.

    Alzafny turut mengingatkan semua pihak supaya tidak memainkan isu membabitkan 3R (kaum, agama dan institusi diraja) sepanjang kempen kerana ia berpotensi mencetuskan ketegangan dan menjejaskan ketenteraman awam.

    Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut menghantar 700 pegawai dan anggota bagi membantu Polis Johor mengawal keselamatan sepanjang PRN Johor yang berlangsung pada hujung minggu ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah