34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tips Halau Cicak: Hanya Guna Kulit Telur, Kopi, Bawang & Lada Hitam Je!

    Shopee Sale

    Cicak merupakan antara haiwan kecil yang kerap ditemui di dalam rumah, terutamanya di kawasan beriklim panas dan lembap.

    Artikel Berkaitan: Petua Halau Semut Tanpa Guna Bahan Kimia

    Artikel Berkaitan: Kasut Cepat Rosak & Berbau? Ini Tip Penyimpanan Yang Betul Untuk Tahan Lebih Lama

    Berisiko untuk kesihatan

    Walaupun haiwan ini tidak berbahaya secara langsung, namun kehadirannya sering menimbulkan rasa geli, tidak selesa dan menjengkelkan apabila najisnya bertaburan di dinding, lantai atau perabot.

    Selain mencemarkan kebersihan, cicak juga berpotensi membawa bakteria yang boleh memberi risiko kepada kesihatan isi rumah.

    Oleh itu, mengetahui kaedah yang berkesan untuk menghalau cicak bukan sahaja membantu kebersihan rumah, malah memberi ketenangan kepada penghuni untuk menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa.

    Antara kaedah semula jadi untuk menghalau cicak ialah dengan menggunakan kulit telur, kerana baunya yang dipercayai mampu menghalang haiwan tersebut daripada menghampiri kawasan tertentu seperti sudut dinding, pintu atau dapur.

    Selain bawang putih yang dihancurkan, serbuk atau biji kopi yang dibungkus dalam kain nipis juga boleh digunakan sebagai penghalau cicak semula jadi yang selamat.

    Penggunaan kopi, sama ada dalam bentuk biji atau serbuk, ianya mampu menghalau cicak dengan meletakkannya di kawasan persembunyian cicak atau membalut kopi tersebut menggunakan kain nipis lalu digantung di tempat yang sesuai.

    MENARIK:  Pembeli Minta Batalkan Pesanan COD, Eyra Hazali Risau Rating Kedai Jatuh – ‘Saya Bayarkan & Anggap Sedekah’

    Seterusnya, tembakau juga merupakan antara bahan yang berkesan kerana baunya bukan sahaja mampu menghalau cicak, malah boleh menyebabkan haiwan tersebut mati.

    Letakkan bahan-bahan ini di kawasan tertentu

    Tabur serbuk lada hitam atau gunakan semburan DIY (campuran lada hitam, serbuk cili, cuka, dan air) pada kawasan persembunyian cicak.

    Kaedah seterusnya adalah dengan meletakkan hirisan serai, parutan kulit lemon atau potongan bawang merah di laluan cicak sebagai penghalau semula jadi.

    Lap meja makan dan kabinet dapur dengan campuran air dan cuka secara berkala untuk mencegah cicak melintas di kawasan makanan.

    Akhir sekali, gunakan ubat gegat iaitu salah satu bahan komersial yang terbukti berkesan untuk menghalau cicak.

    Sumber: The Asian Parent

    The post Tips Halau Cicak: Hanya Guna Kulit Telur, Kopi, Bawang & Lada Hitam Je! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah