29 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BN jangan sombong, undi rakyat sekelip mata boleh berubah – Annuar

    Shopee Sale

    Berbaki dua hari sebelum hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, pimpinan PAS terus mengingatkan kepimpinan BN supaya tidak bersikap angkuh susulan penolakan bantuan dihulurkan parti itu.

    Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRN Johor, Annuar Musa, berkata sikap sombong hanya akan memakan diri kerana pengundi, khususnya golongan muda, tidak menyukai pemimpin yang bersikap takbur.

    "Pengundi terutama anak anak muda tidak suka kepada sikap sombong atau takbur.

    "Bersederhana itu lebih baik. Tidak perlu terlalu yakin. Undi di tangan rakyat. Sekelip mata mereka boleh berubah," katanya menerusi hantaran di Facebook.

    Bekas setiausaha agung Umno itu turut mengingatkan BN supaya mengambil iktibar daripada keputusan PRN Sabah.

    "Pimpinan BN tidak perlu peragakan sikap sombong dengan semua orang.

    "Ambil iktibar PRN Sabah, akibat dari kesombongan dan tutur kata yang keras, akhirnya di tolak pengundi walau berjuta (Ringgit) di laburkan," katanya.

    Menurut Annuar, pendirian PAS jelas dan ikhlas apabila mengarahkan ahli menyokong calon BN di kerusi tidak ditandingi PN.

    "PAS berulang kali menyebut kesediaan menjadi pembangkang dan tidak menyertai kerajaan.

    "Kita sedar kita bertanding 11 kerusi dari 56 kerusi sahaja. Kita bersederhana dengan kekuatan yang terbatas namun kita bangga dengan sokongan kuat bangsa Johor pada PAS.

    MENARIK:  17 penjawat awam antara 200 ditahan di kelab ‘songsang’

    "Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran," kata Annuar.

    Terdahulu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang malam tadi berkata PAS sedia membantu BN membentuk kerajaan negeri selepas PRN nanti.

    “(Kalau BN) menang di Johor, Umno jadi menteri besar. Umnolah! (Ikut) Suka Umnolah nak lantik exco siapa dia… suka dia.

    “Kalau ada kelemahan, PAS boleh tampung kelemahan itu, bergantung kepada kerusi yang kita (PAS) menang,” katanya.

    Bagaimanapun Menteri Besar sementara Johor, Onn Hafiz Ghazi menegaskan, PAS tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri jika dia dilantik sekali lagi ke jawatan tersebut.

    Pengerusi BN Johor itu turut menafikan dakwaan bahawa dia bersedia menawarkan jawatan Adun lantikan kepada pemimpin PAS.

    Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor, Mahfodz Mohamed, berkata sokongan yang diberikan parti itu tidak mengharapkan sebarang balasan atau ganjaran daripada BN.

    Dia berkata matlamat PAS adalah untuk memastikan Johor ditadbir oleh pihak yang bukan daripada PH.

    "PAS Johor pun tidak mengharapkan apa-apa balasan. Matlamat PAS dan Umno Johor sama... no DAP," katanya kepada Malaysiakini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah