Pelakon Janna Nick tampil memohon maaf kerana keterlanjurannya dalam memberi sebarang komen di media sosial sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya Mak*kan Akak Janna Nick Hari Ni 20 Kali, Boleh Lepaskan Saya Tak?’ – Puteri Balqis
Artikel Berkaitan: Nama Dipetik, Janna Nick Dakwa Pernah Diburukkan Ibu Puteri Balqis Dalam Group WhatsApp Selebriti – ‘Sejak Tu Saya Dipulaukan’
Janna Nick mohon maaf

Menerusi hantaran di Instagram, Janna Nick atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner berazam untuk lebih menjaga kata-katanya daripada menyakiti hati mana-mana pihak.
Saya mohon ampun dan maaf daripada semua, dan saya juga memaafkan semua.
InsyaAllah, saya juga berazam untuk tidak lagi berkata apa apa yang mungkin tanpa disedari akan menyakiti hati sesiapa.
Dalam pada itu, pelakon drama My Kopi Prince ini juga terbuka menerima teguran orang ramai sekiranya dia ada membuat sebarang kekhilafan.
Andai kata, suatu hari nanti saya terlupa atau terleka, tegur lah saya, marah lah saya. Saya bersyukur atas segala teguran.
Dengan isu yang berlaku baru-baru ini, Janna berharap ianya dapat memberikan pengajaran kepada dirinya dan orang ramai supaya menjadi insan yang lebih baik, kelak.
Semoga segala ujian yang diberikan Allah SWT akan menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan lebih baik di masa akan datang.
Sebelum ini, Janna menerusi hantaran di Threads didakwa bersikap neutral dan dengan memberi kata nasihat supaya tidak berdendam terhadap sesuatu perkara. Malah, adalah lebih baik sekiranya serahkan segala urusan kepada Yang Esa.
Meskipun Janna tidak menyebut nama mana-mana individu berhubung perkara tersebut, namun kenyataan tersebut didakwa berkait dengan isu membabitkan Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha.
Susulan itu, ibu kepada Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz dan aktres berkenaan tampil meminta Janna tidak mencampuri urusan keluarga mereka kerana menganggap aktres itu bersikap berat sebelah.
Sumber: Instagram Janna Nick
The post ‘Tegur & Marah Lah Saya’ – Janna Nick Mohon Maaf, Berazam Tak Mahu Lukai Hati Mana-Mana Pihak first appeared on OHBULAN!.





