Pelakon, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kurang senang apabila menerima komen yang memperlekehkan usahanya di dapur hanya kerana mempunyai pembantu.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Syukur Suami Mudahkan Urusan, Bayar 3 Pembantu & Jururawat ‘Private’ Jaga Anak – ‘Lega Sangat’
Masak sendiri

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, menjelaskan kehadiran pembantu tidak seharusnya menjadi alasan untuk menafikan usaha yang dilakukannya sebagai seorang isteri.
Ramai wanita cenderung memandang rendah pada saya, kata saya ada ramai pembantu di dapur jadi ia “bukanlah perkara besar.”
Ya, memang saya ada bantuan, tapi saya tak pernah menghakimi orang yang tak memasak di rumah sebab saya tahu memang penat nak kemas dan masak sendiri.
Katanya, tidak kira sekecil mana usaha yang ditunjukkan ia tetap membawa makna tersendiri buat seorang wanita terhadap suami dan keluarga.
Bagi pelakon drama Jodohku Babysitter itu, peranan seorang isteri bukan hanya diukur pada siapa yang membantu tetapi pada keikhlasan dan tanggungjawab yang digalas.
Perkongsian tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, sekali gus membuka ruang perbincangan mengenai persepsi terhadap peranan wanita dan usaha dalam institusi keluarga.
Tapi tolonglah jangan cakap benda seperti “taklah usaha mana.”
Walaupun sekecil mana pun, ia tetap satu usaha daripada seorang wanita untuk suami dan keluarganya.
Setiap orang ada usaha masing-masing. Usaha saya tak terpadam hanya kerana saya ada sokongan.
Sumber: Threads
The post ‘Tak Pernah Menghakimi Orang Yang Tak Memasak Di Rumah’ – Intan Najuwa first appeared on OHBULAN!.





