
Tindakan isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial Jofliam, iaitu Dewi menyediakan bekal untuk anak-anak tirinya ke sekolah setiap hari mendapat pujian ramai.
‘Rajin Dewi’

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Jofliam yang aktif berkongsi kehidupannya di media sosial telah mamuat naik mesej yang diterima berkenaan dengan layanan Dewi terhadap Han dan Yuki.
Menurut netizen, walaupun status pemilik nama Emira Delyati Dewi hanya memegang status sebagai ibu tiri, ia sama sekali tidak menghalangnya daripada berbuat baik kepada anak-anak suaminya itu.
Satu ayat positif kecil yang diberikan pada waktu pagi boleh mengubah emosi anda sepanjang hari.
Tidak hanya itu, sesetengah netizen turut memuji kerajinan Dewi kerana wanita itu sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk memasak bekal makanan tengahari buat Han.
Tidak sampai sebulan mendirikan rumah tangga, Dewi secara konsisten melakukan tugasan rumah seperti memasak dengan baik.
Terdahulu, Jofliam dan Dewi selamat mendirikan rumah tangga pada awal bulan April ini.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Bagaimanapun, mereka bercerai pada tahun lalu selepas 10 tahun hidup bersama.





