34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tahniah Anak Buahku, Sir Uzairi Kerana Dah Berpunya’ – Didie Alias

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Didie Alias menitipkan ucapan tahniah buat anak saudaranya, Sir Uzairi yang selamat melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu.

    Artikel Berkaitan: Sir Uzairi Sah Bergelar Suami Aina Adleen 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sir Uzairi Terima Hadiah Kahwin ‘Special’ Dari Keluarga MC Plus – ‘Selepas Ini Kayuh Di Rumah Je’ 

    Didie Alias ucap tahniah

    Menerusi TikTok, Didie atau nama lengkapnya Fadzilah Mohd Ali memuat naik beberapa gambar memaparkan momen dirinya dan suami, Norisham Ismail sewaktu menghadiri majlis indah tersebut.

    Di ruangan kapsyen, pelakon filem ‘Kanta Serigala’ ini mendoakan agar Sir Uzairi dan isterinya dikurniakan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

    Alhamdullillah selesai dah. Tahniah anak buahku, Sir Uzairi kerana dah berpunya.

    Mak cik doakan semoga Ayie diberi kebahagiaan bersama Aina hingga ke hujung nyawa.

    Sayang anda berdua, selamat datang ke keluarga kami, Aina.

    Komen netizen

    Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian netizen yang rata-ratanya tidak menyangka Didie merupakan ibu saudara kepada Sir Uzairi.

    MENARIK:  Abby Abadi Terkesan Dengan Isu Marissa Kahwin Lari Di Thailand: 'Anak Buat Hal Pasti Maknya Akan Terpalit Sama'

    Terdahulu, Sir Uzairi selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Aina dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada Sabtu.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Tahniah Anak Buahku, Sir Uzairi Kerana Dah Berpunya’ – Didie Alias first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah