28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Temb*k Isteri & Anak Sebelum Bun*h Diri Guna Pist*l

    Shopee Sale

    Seorang bekas atlet yang disyaki mempunyai masalah mental bertindak membunuh isteri dan anak perempuan sebelum menembak dirinya sendirinya dalam kejadian di Bangkok, pada Selasa.

    Artikel Berkaitan: Nak Buru Haiwan Tapi Tertembak Rakan Sendiri, Sekumpulan Lelaki Bawa Lari Mayat 300KM & Tinggal Tepi Jalan

    Artikel Berkaitan: Suami Tinggalkan Surat Pengakuan Sebelum Bun*h Isteri & Gant*ng Diri, Pesan Anak Supaya Segera Kebumikan Jenazah

    Mayat ditemui di ruang tamu

    Memetik Thaiger, pegawai polis Bangkok Noi mengesahkan ketiga-tiga mayat mangsa ditemui di ruang tamu kediaman mereka pada jam 9.10 pagi, Selasa.

    Menurut polis, anak perempuannya yang berusia sembilan tahun itu ditemukan dalam keadaan terlentang memakai pijama bercorak kartun.

    MENARIK:  ‘Kesalahan Saya Dengan A Aida Adalah Sebab Da*ah, Buat Lupa Tanggungjawab’ – Ameng

    Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu juga ditembak di pipi kiri dengan sepucuk pistol jenis 9mm.

    Manakala, polis berkata ibunya berusia 42 tahun berada dalam keadaan tertiarap dengan kesan tembakan di kepala.

    Mayat ketiga iaitu bapa kepada gadis itu juga mempunyai kesan tembakan di kepala selain menemukan sepucuk pistol di sebelahnya.

    Berdasarkan maklumat daripada pembantu rumah, dia memaklumkan mangsa berada dalam keadaan tertekan sebelum bertindak melakukan pembunuhan.

    Menurutnya, pembunuhan itu berkemungkinan berlaku disebabkan kehilangan bapanya pada bulan lepas.

    Sumber: Thaiger

    The post Suami Temb*k Isteri & Anak Sebelum Bun*h Diri Guna Pist*l first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah