29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ajak & Shahrol Berbaik Selepas Tiga Tahun Tidak Bertegur, Syukur Tiada Campur Tangan Pihak Ketiga – ‘Tak Rugi Turunkan Ego’

    Shopee Sale



    Penyampai radio Ajak Shiro memaklumkan ikatan persahabatan dengan pelawak Shahrol Shiro sudah kembali pulih selepas tiga tahun tidak bertegur sapa.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Ajak Dedah Pernah Memberontak Kerana Dimarahi Bapa – ‘Disebabkan Nak Tunjuk Dekat Ayah, Aku Sanggup Lawan’

    Artikel berkaitan: Shahrol Shiro Nafi Hubungan Dengan Ajak Renggang & Sudah Berpecah

    Ikatan persahabatan kembali bertaut

    Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanafi Razak, 39, dia bersyukur tiada campur tangan pihak ketiga dan dapat menyelesaikan masalah mereka dengan cara baik.

    Inilah asam garam dalam persahabatan. Sepanjang proses berbaik itu, tiada pihak ketiga masuk campur di antara saya dan Shahrol.

    Tiada siapa melaga-lagakan dan kami selesaikan secara dewasa. Akhirnya perbalahan tiga tahun ini selesai.

    Ajak berkata demikian semasa ditemui di sidang media Jelajah Suria Kuasa Dua yang diadakan di The Estate on Federal Hill, Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Berkongsi lanjut, Ajak akui terkejut selepas menerima mesej daripada Shahrol untuk berjumpa dan mengakhiri persengketaan mereka.

    Semasa balik Hari Raya Haji dia nampak video saya dan malam itu dia mesej ajak berjumpa di pejabat. Banyak yang dibincangkan.

    Kami bersembang dan ingat semula kenangan lama. Saya rasa sebak ketika itu sebab mestilah masih ada rasa sayang.

    Turunkan ego masing-masing

    Dalam pada itu, tambah Ajak, tindakan masing-masing menurunkan ego berjaya meleraikan persengketaan yang berlaku antara mereka.

    Kita kena turunkan ego sebab benda itu tak merugikan pun. Jangan fikir masing-masing betul. Kalau gaduh lama pun, tiada siapa yang sebenarnya betul.

    MENARIK:  Suami Sifatkan Arwah Nadia Kesuma Sebagai Isteri Taat & Setia – ‘Akan Merinduimu, Semoga Bertemu Di Jannah’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah