Pelakon, Sophia Albarakbah meluahkan rasa kesal apabila segelintir netizen sering mengungkit kisah silam dirinya berkaitan dakwaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga bekas pasangan selebriti, Bella Astillah dan Aliff Aziz.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Rasa Kena Sindir, Mungkin Itu Cara Bella Sampaikan Anugerah’ – Sophia Albarakbah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah & Sophia Albarakbah Janggal Di Atas Pentas AMT25 – ‘Saya Kenal Sangat’
Kesal

Menerusi komen di Instagram, pemilik nama Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, menegaskan bahawa Allah S.W.T juga mengampunkan dosa hamba-Nya, apatah lagi manusia biasa yang seharusnya saling memaafkan.
Dalam masa yang sama, Sophia turut melahirkan rasa hairan terhadap sikap segelintir netizen yang terus-menerus melemparkan tuduhan terhadap dirinya.
Dah berapa tahun punya kes, kalau asyik nak ungkit, sampai bila-bila pun tidak selesai.
Sedangkan Allah pun boleh ampunkan hambanya awak, sekerdil, sejijik manusia kenapa angkuh sangat?
Sophia berkata demikian selepas terdapat individu yang memilih untuk mengkritik kesilapannya.
Terdahulu, pada malam kemuncak AMT 2025, suasana ketika Bella menyerahkan anugerah kepada Sophia turut menjadi bualan apabila interaksi mereka dikatakan kaku dan kurang mesra.
Bella juga kelihatan agak janggal ketika mengumumkan kemenangan Sophia dalam kategori Selebriti Feminin Terhangat.
Sumber: Instagram
The post Sophia Albarakbah Kesal Kisah ‘Penyondol’ Diungkit – ‘Allah Pun Boleh Ampunkan Hambanya’ first appeared on OHBULAN!.





