30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Raih 1 Billion Strim, Yuna Buktikan Penyanyi ‘Independent’ Mampu Berjaya – ‘ Saya Berkarya Kerana Minat’

    Shopee Sale

    Penyanyi antarabangsa, Yuna meluahkan rasa syukur apabila muncul sebagai artis Malaysia pertama yang berjaya meraih lebih satu billion penstriman di platform muzik Spotify.

    Artikel Berkaitan: Sejarah Tercipta! Yuna Penyanyi Malaysia Pertama Raih 1 Billion Penstriman Di Spotify

    1billion strim

    Yuna atau nama lengkapnya Yunalis Zarai, 40, mengakui tidak pernah menyasarkan angka tertentu sepanjang bergelar penyanyi kerana baginya sokongan peminat yang menghargai karyanya sudah cukup bermakna.

    Alhamdulillah, saya sendiri tidak menyangka boleh memperoleh jumlah penstriman sehingga satu billion. Sejak awal bergelar penyanyi, saya tidak pernah sasarkan untuk capai angka sebegitu.

    Bagi saya, berapa pun jumlah penstriman itu bukan perkara utama, asalkan orang masih mendengar dan menikmati lagu-lagu saya. Itu sudah membuatkan saya rasa sangat dihargai.

    Malah ketika dimaklumkan mengenai pencapaian ini, saya sendiri tidak sedar. Saya tahu pun selepas peminat mula mengucapkan tahniah kepada saya. Memang terkejut.

    Yuna berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Ajar Aku nyanyian Aizat Amdan dan Sekumpulan Orang Gila (SOG) feat Yuna yang berlangsung di Ampang, pada Khamis.

    Menurut pelantun lagu Terukir Di Bintang itu, dia selama ini hanya menghasilkan muzik atas dasar minat dan kecintaan terhadap seni selain mahu berkongsi karya buat peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya.

    Saya berkarya dan hasilkan lagu kerana saya suka muzik dan memang itu minat saya sejak dulu. Lagu-lagu yang saya buat juga untuk peminat yang tidak pernah berhenti menyokong saya. Jadi, pencapaian ini saya anggap sebagai satu bonus yang sangat besar dalam perjalanan seni saya.

    Ditanya sama ada kejayaan tersebut dianggap sebagai hadiah sepanjang berkarya atau permulaan baharu dalam kerjayanya, Yuna mengiyakan kedua-duanya.

    Saya rasa ia adalah kedua-duanya. Selepas mencapai satu billion penstriman ini, mungkin ia menjadi permulaan kepada satu babak baharu dalam kerjaya saya.

    Saya mula berfikir, apa lagi yang boleh saya lakukan selepas kejayaan ini. Pada masa sama, pencapaian ini membuktikan artis yang bergerak secara bebas dan bernaung di bawah pengurusan sendiri juga mampu mencipta kejayaan besar.

    Berkongsi lanjut, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) itu mengakui dirinya bukan seorang yang gemar terlalu menggembar-gemburkan kejayaan peribadi, namun bersyukur dengan pencapaian tersebut.

    Saya sebenarnya jenis yang tidak terlalu ambil kisah soal pencapaian. Kalau dapat sesuatu kejayaan pun, saya bukanlah orang yang suka terlalu menunjuk atau menghebahkannya.

    Tetapi sudah tentu saya tetap bersyukur. Selepas ini saya akan terus fikir dan merancang apa lagi yang boleh dilakukan dalam kerjaya seni saya.

    Saya mahu terus mencari projek-projek yang bermakna serta memberi kepuasan kepada diri sendiri dan juga peminat.

    Terdahulu, Yuna melakar sejarah apabila menjadi artis Malaysia pertama mencecah satu billion penstriman di Spotify.

    MENARIK:  ‘Bella Masih Sedih & Tak Boleh Terima Kenyataan Tapi Dia Cuba Menyesuaikan Diri’ – Puteri Sarah

    Menerusi hantaran tular di Threads, Yuna dilihat menduduki tangga teratas carta artis Malaysia dengan jumlah penstriman tertinggi iaitu lebih satu billion, diikuti Fish Leong dengan 590 juta penstriman dan Siti Nurhaliza sebanyak 549 juta penstriman.

    The post Raih 1 Billion Strim, Yuna Buktikan Penyanyi ‘Independent’ Mampu Berjaya – ‘ Saya Berkarya Kerana Minat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah