30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiga Legenda Rock Wings, Search & XDPC Bersatu Dalam ‘Konsert 3 Veto’ Ogos Ini

    Shopee Sale

    Peminat muzik rock tanah air bakal disajikan dengan sebuah persembahan istimewa apabila tiga kumpulan legenda, Search, Wings dan XPDC bergabung dalam sebuah acara mega menerusi ‘Konsert 3 Veto’ yang dijadual berlangsung pada 1 Ogos depan di Megastar Arena.

    Konsert 3 Veto

    Konsert anjuran Bintang Batu Event & Seri Simfoni Sdn Bhd itu dilihat sebagai antara acara terbesar tahun ini apabila menghimpunkan tiga nama yang cukup berpengaruh dalam sejarah muzik rock tempatan di atas satu pentas buat pertama kali.

    Menurut wakil penganjur, Ikhram Zainuddin, idea menghasilkan konsert tersebut lahir daripada impiannya sendiri yang sudah lama ingin melihat tiga kumpulan legenda itu bersatu dalam sebuah persembahan berskala besar.

    Katanya, proses merealisasikan konsert berkenaan bukan sesuatu yang mudah memandangkan setiap kumpulan mempunyai jadual dan komitmen tersendiri, namun semuanya berjaya disatukan hasil kerjasama daripada pihak pengurusan dan artis-artis terlibat.

    Nak kumpulkan mereka ini bukan sesuatu yang mudah, tetapi syukur semuanya berjalan lancar dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk pengurusan artis. Ia adalah impian saya selepas 15 tahun berkecimpung dalam bidang penganjuran konsert.

    Dalam masa sama, Awie turut menyifatkan konsert berkenaan sebagai platform terbaik untuk menghidupkan kembali semangat rock selain meraikan sokongan peminat yang sentiasa setia bersama perjalanan seni mereka sejak puluhan tahun lalu.

    Konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi satu penyatuan jiwa rock. Kami mahu peminat sama-sama rasa tenaga dan nostalgia yang pernah membesarkan nama kami dulu.

    Sementara itu, Din Search dan Izo XPDC yakin konsert berkenaan mampu menghimpunkan peminat lama dan generasi baharu yang masih meminati karya-karya rock tempatan sehingga hari ini.

    Kami percaya gabungan ini bukan sahaja mengubat rindu peminat lama, tetapi juga membuka peluang untuk generasi baru mengenali muzik rock sebenar.

    Tiket untuk ‘Konsert 3 Veto’ telah mula dijual secara dalam talian sejak 8 Mei lalu dan peminat yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari UberTickets Asia atau menghubungi pihak penganjur di talian 018-3977343.

    MENARIK:  Nabila Razali Terlibat Kemalangan, Bumper Kereta Tercabut

    The post Tiga Legenda Rock Wings, Search & XDPC Bersatu Dalam ‘Konsert 3 Veto’ Ogos Ini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah