32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Ani Mayuni Nafi An Najwa Pembuli – ‘Saya Tak Sebut Nama Pembuli, Cukuplah Hanya Saya Yang Tahu’

    Shopee Sale

    Anak kepada penyanyi dangdut terkenal Ani Mayuni iaitu Viviana menafikan dakwaan pemain Malaysia, An Najwa merupakan salah seorang pembuli yang membulinya ketika di bangku sekolah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Anak Cakap Ustazah Kata Duit Menyanyi Itu Haram’ – Ani Mayuni

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tangan Dipegang, Kaki Diikat & Dia Tarik Rambut Saya..’ – Anak Ani Mayuni Dakwa Pernah Jadi Mangsa Buli

    Dibuli

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Viviana atau nama lengkapnya Wirda Viviana Zairi, 21, menjelaskan beberapa salah faham yang timbul selepas perkongsiannya di podcast yang tular baru-baru ini.

    Viviana turut menzahirkan rasa terhutang budi kepada seorang individu bernama Aqilah.

    Bukan An Najwa yang buli. Kak Aqilah pula adalah orang yang selamatkan saya pada malam itu.

    Tak lupa juga dua orang kawan baik saya yang sanggup ke depan untuk tolong saya.

    Menurut Viviana, pendedahan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana memori pahit itu masih segar dalam ingatannya walaupun kejadian tersebut sudah lama berlalu.

    MENARIK:  Adira Menangis Selepas Menonton Wawancara Datuk Red Bersama Media

    Vivana berkata tujuannya bercerita hanyalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya budaya buli di sekolah.

    Percayalah ambil masa bertahun untuk saya buka cerita ni sebab masih segar dalam ingatan saya tapi alhamdulillah ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

    Saya tiada sebut nama pembuli sebab bagi saya cukuplah hanya saya dan orang sekeliling saya sahaja yang tahu.

    Sekadar kesedaran untuk semua orang. Katakan tidak kepada buli.

    Sebelum ini, Viviana mencuri perhatian apabila mendedahkan pernah mengalami detik hitam ketika berada di bangku sekolah sehingga meninggalkan trauma dalam hidupnya.

    Sumber: Threads

    The post Anak Ani Mayuni Nafi An Najwa Pembuli – ‘Saya Tak Sebut Nama Pembuli, Cukuplah Hanya Saya Yang Tahu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah