31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu pengampunan Jho Low: MP Kepong Lip Eng selar sikap ‘lembap’ kerajaan

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menyelar apa yang disifatkannya sebagai sikap "lembap" kerajaan dalam menangani laporan permohonan pengampunan ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho (Jho Low) kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

    Lim menegaskan Putrajaya tidak seharusnya berkira-kira, sebaliknya perlu segera menghantar bantahan rasmi melalui saluran diplomatik bagi memastikan dalang skandal 1MDB itu diekstradisi ke Malaysia.

    Lim Lip Eng

    “Dalam isu sebesar ini, kerajaan tidak boleh kelihatan lembap atau berkira-kira. Bantahan rasmi Malaysia mesti dihantar segera kepada kerajaan Amerika Syarikat.

    “Jho Low bukan mangsa politik. Beliau patut ditangkap, diekstradisi dan dibawa ke muka pengadilan di Malaysia. 

    “Jangan jadikan pengampunan sebagai pintu belakang untuk mereka yang terlibat dalam skandal kewangan terbesar negara,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

    Guna pintu belakang

    Pemimpin DAP itu turut menyentuh mengenai nasib bekas perdana menteri Najib Razak, dengan menegaskan bahawa Najib tidak wajar menerima sebarang pengampunan lanjut atas sabitan kes SRC International.

    “Beliau telah disabitkan bersalah dalam kes SRC International berkaitan 1MDB dan telah pun menerima pengurangan hukuman serta denda.

    “Jangan jadikan pengampunan sebagai pintu belakang untuk mereka yang terlibat dalam skandal kewangan terbesar negara.

    Jho Low (kiri) bersama Najib Razak

    “Jika dalang, pelaku atau penerima manfaat skandal 1MDB dan SRC boleh mencari jalan keluar melalui pengampunan, mesej kepada dunia amat memalukan.

    MENARIK:  Pemuda DAP tolak cadangan Pemuda Umno perkenal semula GST

    “Rompak negara dahulu, minta ampun kemudian,” katanya sinis.

    Isu hanya dibawa ke Kabinet minggu depan

    Reaksi keras Lim itu menyusul selepas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam memaklumkan bahawa Kabinet hanya dijangka membincangkan laporan berkaitan permohonan pengampunan Jho Low pada mesyuarat minggu depan.

    Menurut Fahmi, perkara itu ada dibangkitkan dalam mesyuarat semalam namun tidak dibincangkan secara rasmi.

    Fahmi Fadzil

    Selasa lalu, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Jho Low telah memfailkan permohonan pengampunan kepada pihak berkuasa AS dalam usaha menggugurkan pertuduhan jenayah terhadapnya di negara tersebut. 

    Laman web Jabatan Kehakiman AS turut menyenaraikan permohonan tertunggak bagi "Pengampunan selepas Tamat Hukuman" atas nama Taek Jho Low yang difailkan tahun ini.

    Status Notis Merah dipersoal

    Isu keberadaan Jho Low terus menjadi polemik selepas Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin sebelum ini mengkritik Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana gagal memberi jawapan jelas mengenai status Notis Merah Interpol terhadap ahli perniagaan itu.

    Saifuddin Nasution Ismail

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada Julai tahun lalu menyatakan polis belum memperoleh bukti sahih mengenai lokasi sebenar Jho Low, meskipun terdapat laporan antarabangsa pada 2025 yang mendakwa dia dikesan di Shanghai, China.

    Jho Low juga didakwa menggunakan pasport palsu Australia di bawah nama 'Constantinos Achilles Veis' untuk bergerak di peringkat antarabangsa bagi menyembunyikan identitinya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah