29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Baru Tahu Nama Sebenar Bront Palarae – ‘Mana Dia Cari Stage Name Tu? Kreatif Betul’

    Shopee Sale

    Pelakon versatile, Bront Palarae mencuri perhatian warganet baru-baru ini selepas mereka mengetahui nama sebenarnya. 

    Artikel Berkaitan: Bront Palarae Dilantik Sebagai Duta MIFFest Empat Kali Berturut

    Artikel Berkaitan: ‘Hot Daddy, Ganteng!’ – Bront Palarae Kini Jadi Sebutan & Kegilaan Gadis Indonesia

    Nama sebenar 

    Menerusi perkongsian di Facebook, MyCreative Ventures mengumumkan bahawa Bront telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi kumpulan tersebut.

    Setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kami ucapkan kepada Yang Berusaha Encik Nasrul Suhaimin @ Bront Palarae atas pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang baharu bagi Kumpulan MyCreative Ventures.

    Dengan pengalaman luas beliau dalam industri kreatif merangkumi lakonan, penerbitan serta pemahaman mendalam terhadap ekosistem seni, kehadiran Yang Berusaha Encik Nasrul diyakini akan memperkukuh perspektif strategik Lembaga Pengarah. 

    Pelantikan ini selari dengan aspirasi MyCreative Ventures untuk memperkukuh tadbir urus, memacu nilai budaya dan ekonomi, serta memperluas impak industri kreatif Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa.

    Namun yang menarik perhatian warganet adalah nama sebenar Bront iaitu Nasrul Suhaimin Somuek@Saifuddin, berikutan ramai yang tidak mengetahuinya.

    MENARIK:  Jadual Lengkap Waktu Imsak & Berbuka Puasa Bagi Tahun 2026! Boleh Rujuk Negeri Masing-Masing

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah kepada pelakon filem Malbatt Misi Bakara itu di atas perlantikan tersebut.

    Dalam masa sama, mereka juga menyifatkan nama pentas yang digunakan Bront sangat unik dan kreatif.

    Sumber: Threads 

    The post Netizen Baru Tahu Nama Sebenar Bront Palarae – ‘Mana Dia Cari Stage Name Tu? Kreatif Betul’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah