32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Dah Cuba Pakai Tudung Sikit-Sikit, Dulu Saya Yang Paksa Ibu Pakai Tudung’ – Azeva Natassha

    Shopee Sale

    Anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida iaitu Azeva Natassha tampil menjelaskan mengenai penampilannya yang masih belum mengenakan tudung ketika bersiaran langsung di media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azeva Natassha Dedah Pernah Dijaga Peminat Wanita Ameng – ‘Mereka Main Patung Barbie Dengan Saya’

    MENARIK:  Jefri Nicol Kongsi Video Pakai ‘Skincare’ Tanpa Berbaju, Ramai Netizen Kata – ‘Teringin Nak Jadi Tampan Macam Dia’

    Artikel Berkaitan: ‘Walaupun Dalam Penjara, Azeva Cakap Saya Ayah Yang Terbaik’ – Ameng Spring

    Sedang mencuba pakai tudung

    " data-video-id="7636930879457185045" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @mamaar783

    #azevanatasha #talktomymanagermy #tiktokviral #aaidaproduction #amengspring

    ♬ bunyi asal – Mama – Mama

    Menerusi satu perkongsian klip video siaran langsung di TikTok, Azeva mendedahkan dia sedang mencuba untuk mengenakan tudung secara berperingkat, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang lalu.

    Namun, dia mengakui masih belum bersedia sepenuhnya.

    InsyaAllah, suatu hari nanti saya akan pakai tudung.

    Doakan saya dapat hidayah.

    Masa bulan Ramadan itu saya dah cuba pakai tudung sikit-sikit.

    Sila mendoakan saya.

    Bukakan hati ibu untuk pakai tudung

    Berkongsi lanjut, Azeva mendedahkan bahawa dia pernah mendorong ibunya sendiri untuk mula memakai tudung walaupun pada awalnya belum bersedia.

    Dulu saya juga yang paksa ibu saya untuk pakai tudung.

    Ibu saya sebenarnya dia tak nak, dan belum ready.

    Tapi saya bukakan hati dia untuk pakai tudung.

    Jadinya, ada juga hidayah saya juga kan?

    Sehubungan itu, dia turut merayu kepada orang ramai agar tidak menyebarkan gambar-gambar lamanya yang berimej menonjol kerana dia kini sedang berusaha menjaga penampilan dirinya.

    Sesiapa yang ada gambar lama-lama saya yang menonjol, tolong jangan guna gambar itu.

    Sebab saya tengah nak mencuba untuk menutup sedikit.

    Saya nak jaga aib, dan jaga air muka saya.

    Saya dah tak nak pakai pakaian yang nampak menonjol.

    Jadi, sesiapa ada gambar lama-lama atau ternampak di Instagram orang lain, tolonglah jangan guna gambar itu.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Dah Cuba Pakai Tudung Sikit-Sikit, Dulu Saya Yang Paksa Ibu Pakai Tudung’ – Azeva Natassha first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah