Pelakon, Kodi Rasheed meluahkan rasa terkilan apabila adiknya yang merupakan anak istimewa didakwa berdepan layanan kurang sensitif daripada segelintir jemaah di sebuah surau.
Artikel Berkaitan: Kodi Rasheed Sering Hubungi Que Haidar, Kongsi Keadaan Terkini – ‘Dia Okay Alhamdulillah’
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Dijolok Sarang Tebuan’ – Kodi Rasheed Pertahan Que Haidar
Ditegur mengganggu kekhusyukan
Menerusi sebuah podcast Sementara Teman di TikTok, pemilik nama Muhammad Shazmeer Mohd Rasheed mendakwa adiknya yang ingin menunaikan solat berjemaah di saf hadapan telah ditegur oleh seorang jemaah lain yang memintanya beralih ke saf belakang dengan alasan mengganggu kekhusyukan.
Adik saya ini suka pergi surau.
Ada satu kejadian berlaku di surau, dan kejadian ini agak macam tak baiklah bagi saya.
Semua orang di surau tahu keadaan adik saya macam mana.
Satu hari, dia pergi solat di saf depan.
Anak istimewa macam dia ditegur, ‘Eh, pergi belakang, nanti aku tak boleh solat dengan khusyuk.’
Adik saya pun macam takut, jadi dia pergilah ke saf belakang.
Tapi saya tak tahu cerita ini, saya dapat tahu selepas dah berapa lama terjadi.
Mereka tak nak bagitahu saya, takut nanti saya pergi serang ke, mengamuk atau apa-apa kan?
Katanya lagi, situasi tersebut menimbulkan persoalan tentang makna sebenar khusyuk dalam solat, sedangkan adiknya tidak melakukan sebarang gangguan dan hanya menunaikan ibadah seperti biasa.
Kalau nak cerita tentang khusyuk, adakah apa yang adik saya buat ini salah?
Adik saya solat sahaja, tak ada nak tepuk jemaah sebelah.
Anak istimewa tempatnya di syurga

Dalam masa sama, aktor filem ‘Malaikat Malam’ itu turut menyifatkan tindakan berkenaan sebagai sesuatu yang mengecewakan, lebih-lebih lagi individu yang menegur itu sewajarnya lebih memahami keadaan anak istimewa.
Kalau nak tahu, dia sendiri pun ada anak yang hidap down syndrome, maksudnya dia tak boleh belajar dan tak boleh nak masuk sekolah.
Sepatutnya dia lagi faham.
Nak cerita tentang khusyuk, sekarang ini siapa yang tak normal?
Maksudnya anak-anak istimewa seperti autism seperti kita tahu mereka sememangnya adalah orang tak normal.
Adik saya hanya pergi solat sahaja.
Saya pun belum tentu lagi akan ditempatkan di syurga.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Adik Saya Anak Istimewa Ditegur Jemaah Lain Untuk Ke Saf Belakang, Takut Solat Tak Khusyuk’ – Kodi Rasheed first appeared on OHBULAN!.





