33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sehari Habis Sekotak’ – Akim Ahmad Dah Setahun Berhenti Merokok, ‘Turning Point’ Selepas Ayah Diagnos Kanser Paru-Paru

    Shopee Sale



    Akim Ahmad

    Penyanyi, Akim Ahmad atau nama sebenar Afiq Hakim Ahmad, 34, mendedahkan sudah setahun berhenti merokok.

    Berhenti merokok

    Akim Ahmad

    Akim berkata, kesedaran mula timbul untuk menghentikan gaya hidup tidak baik itu selepas bapanya didiagnos menghidap barah paru-paru pada 2022.

    Ada sebab kenapa saya berhenti merokok, tiga tahun lepas ayah saya di diagnos kanser paru-paru. Jadi itu merupakan ‘turning point’ untuk saya dan adik-beradik lelaki lain berhenti merokok.

    Saya ambil pendekatan mengubah gaya hidup ke arah yang lebih baik dan sihat. Ayah saya juga sudah berhenti sejak tiga tahun lalu dan kesihatannya menunjukkan perkembangan baik. Saya sudah setahun berhenti.

    Akim berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert ATM Rampas Kuala Lumpur! yang diadakan di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Stamina semakin baik

    Akim Ahmad

    Berkongsi lanjut, Akim memberitahu, kesan berhenti merokok membuatkan staminanya bertambah baik sekali gus membantu dari segi nyanyian.

    Dalam masa sama, apabila berhenti merokok secara tidak langsung membantu karier seni saya sebagai penyanyi. Saya mempunyai tenaga yang ‘tahan lama’.

    Pun begitu, suami kepada penyanyi Stacy ini mengakui sukar untuk berhenti merokok memandangkan dirinya seorang perokok tegar yang sudah terjebak dalam gejala itu sejak di bangku sekolah.

    Sangat susah pada awalnya untuk berhenti, kerana saya seorang perokok tegar. Saya sehari boleh habiskan sekotak.

    Saya selalu tanya kepada diri sendiri, perlukah berhenti terus atau macam mana. Saya sendiri berperang dengan mental saya.

    Sekadar info, Konsert ATM Rampas Kuala Lumpur! bakal berlangsung pada 28 Jun 2025, jam 8.30 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

    MENARIK:  ‘Saya Pernah Menang AJL, Mesti Boleh Buat Lagi’ – Haqiem Rusli Tak Patah Semangat, Akan Terus Berkarya

    Band itu akan membawakan lebih 20 buah lagu hits milik mereka serta beberapa buah lagu yang diciptakan untuk penyanyi lain.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah