28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sebelum Ceburi Bidang Lakonan, Impian Utama Pushpa Narayan Mahu Jadi Pemain Bola Keranjang Negara

    Shopee Sale



    Pernah mempunyai cita-cita untuk mewakili negara dalam sukan bola keranjang, pelakon Pushpa Narayan meluahkan rasa terharu tatkala menonton filem ‘Padu’ arahan Faizal Ishak, baru-baru ini.

    Cedera sewaktu latihan

    Menerusi temu bual bersama Pushpa berkata, dia berasa sangat terkesan melihat lakonan Thanuja Ananthan dalam filem itu.

    Mungkin sekarang saya tak jadi pelakon agaknya sebab impian utama saya adalah untuk menjadi atlet bola keranjang negara.

    Menurut Pushpa, impiannya untuk mewakili negara tidak kesampaian kerana digugurkan daripada skuad kebangsaan akibat kecederaan pada kedua-dua belah kakinya.

    Selepas saya tamat persekolahan di tingkatan empat, saya ditawarkan untuk bermain di peringkat sekolah. Namun, selepas itu saya terpilih untuk mewakili negeri Pahang untuk SUKMA.

    Namun nama saya terpaksa digugurkan kerana cedera sewaktu latihan sehingga terpaksa dirawat di hospital.

    Pushpa yang turut berlakon dalam filem berkenaan membawa watak ibu kepada Kalaimathi, watak yang dilakonkan Thanuja.

    Lakonan Thanuja memberi kesan kepada saya. Saya pernah mengalami apa yang dihadapi Kalai gara-gara bapa saya tidak izinkam saya menjadi pemain bola keranjang.

    Tambah anak kelahiran Jerantut, Pahang ini, dia tidak pernah menyalahkan takdir malah menganggap ia sebagai petunjuk Tuhan kepada rezeki yang lebih baik.

    Mungkin ada sebab kenapa Tuhan jadikan saya macam ini. Kalau saya dah berusia, sememangnya saya tidak boleh bersukan dan perkara ini sedikit sebanyak mendatangkan kerugian kepada diri saya sendiri.

    Filem ‘Padu’ yang diinspirasikan daripada kisah benar itu bakal ditayangkan 6 Jun ini di pawagam seluruh Malaysia.

    MENARIK:  Radin Selamat Bergelar Suami, Serah Mas Kahwin RM15,020,26

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah