29.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sebagai Pengerusi FINAS Sebenarnya Agak Sensitif Untuk Saya Berlakon’ – Hans Isaac

    Shopee Sale

    Lapan tahun meninggalkan kerjaya sebagai pelakon, Datuk Hans Isaac kini kembali menghiasi slot drama tempatan menerusi siri Gerak Khas 2.0.

    Artikel Berkaitan: 25 Tahun Bergelar Pelakon, Hans Isaac Umum ‘Bersara’ Dari Dunia Seni – ‘Semua Perkara Baik Akan Ada Pengakhiran’

    Tumpuan Hans

    Ketika ditemui Hans atau nama lengkapnya Gerald Hans Isaac, 54, berkongsi bahawa sepanjang tempoh tersebut dia telah menceburkan diri dalam bidang politik.

    Ketika itu saya jadi ahli politik dan masuk dalam parti politik. Saya merasakan saya ada tanggungjawab yang lebih besar. 

    Saya telah lakukan apa yang perlu dilakukan sebagai seorang aktor. Saya sudah peroleh kemenangan, ada yang box office, rating tinggi, rating rendah dan yang gagal pun ada. Jadi saya sudah rasa semua.

    Bila sudah sampai pada satu tahap, saya rasa perlu beralih kepada sesuatu yang baharu. Sebelum itu, saya selalu bercakap tentang politik tetapi saya merasakan mengapa tidak kita sendiri yang mengambil inisiatif berkerja untuk negara?

    Tambah Hans, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira pelbagai aspek dan akhirnya dia memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada politik dan pembangunan negara.

    Berlakon adalah satu pekerjaan yang menghiburkan masyarakat, itu satu perkara yang kita sangat hormati.

    Tetapi saya mengambil inisiatif untuk membantu rakan-rakan, rakyat serta negara saya dengan cara yang berbeza iaitu menerusi NGO (badan bukan kerajaan) saya dan parti politik yang saya sertai.

    Saya berbincang dengan rakan-rakan, sebab tumpuan saya akan jadi 50-50 (politik dan lakonan). Tapi saya tak suka begitu jadi saya berikan komitmen 100 peratus kepada parti ketika itu dan sampailah ke hari ini. 

    Hans berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gerak Khas 2.0 yang berlangsung di TGV, Suria KLCC pada Selasa.

    MENARIK:  Kumpulan K-Pop N.Flying Bakal Buat Konsert Pertama Di Malaysia, Disember Ini!

    Sementara itu, teraju utama filem Buli tersebut  memaklumkan bahawa sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), dia terbatas untuk memilih sesuatu naskhah.

    Jelas Hans, setiap tawaran lakonan yang diterimanya tidak boleh melibatkan sebarang kepentingan dengan jawatan yang disandang ketika ini.

    Ada beberapa produksi yang meminta saya berlakon. Tetapi sebagai Pengerusi FINAS sebenarnya agak sensitif untuk saya berlakon.

    Saya kena lihat terlebih dahulu, sama ada mereka (produksi) mempunyai dana FINAS atau tidak. Kalau saya terbabit dengan produksi yang ada dana daripada FINAS atau kerajaan, itu akan terjadinya conflict of interest disebabkan jawatan saya sekarang. 

    Kalau produksi dari luar negara mungkin 100 peratus tawaran saya boleh terima tetapi untuk produksi di Malaysia saya kena memikirkannya terlebih dahulu.

    Untuk info, Gerak Khas 2.0 diterbitkan oleh Sarawak Media Group (SMG) dan Skop Production yang julung kalinya disiarkan di TVS pada 3 Julai ini.

    Drama ini turut menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya, Erra Fazira, Salina Saibi, Anding, SAC (B) Datuk Shaharon Anuar, Deen Maidin dan ramai lagi.

    The post ‘Sebagai Pengerusi FINAS Sebenarnya Agak Sensitif Untuk Saya Berlakon’ – Hans Isaac first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah