Pelakon Fatiya Latiff mengakui pernah tersilap membuat pelbagai keputusan dalam hidup kerana ketika itu dirinya masih naif dan kurang memahami baik buruk sesuatu perkara.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Cakap Saya Tidak Akan Pegang Watak Utama Lagi’ – Fatiya Latiff Dedah Dihubungi Penerbit
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Berhenti Berlakon, Cuma Belum Ada Tawaran’ – Fatiya Latiff
‘Sekarang saya dah boleh bezakan’

Menerusi satu hantaran di Threads, Fatiya berkata dia kini lebih matang dan banyak belajar daripada pengalaman hidup yang dilaluinya.
Dulu saya sangat naif. Saya tak tahu apa yang betul dan apa yang salah. Banyak kesilapan yang saya buat.
Sekarang saya dah boleh bezakan apa yang patut dan tak patut dibuat daripada pengalaman. Harap semuanya akan jadi lebih baik, insya-Allah.
Menurut Fatiya, pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk membezakan perkara yang wajar dan tidak wajar dilakukan.
Susulan itu, pelakon drama Arianna Rose ini turut meluahkan harapan agar segala urusannya akan menjadi lebih baik pada masa akan datang, selain memohon agar dipermudahkan dengan izin Allah SWT.
Sumber: Threads Fatiya Latiff
The post ‘Saya Sangat Naif Dulu, Banyak Kesilapan Yang Saya Buat’ – Fatiya Latiff first appeared on OHBULAN!.





