30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kanak-Kanak Bawah Umur Hamil 4 Bulan Diperk*sa Bapa Kandung

    Shopee Sale

    Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa selepas disyaki memperkosa anak kandungnya sehingga mangsa hamil empat bulan.

    Artikel Berkaitan: Guru Agama Didakwa Cabul 50 Pelajar, Buat Aksi Terkutuk Di Sebelah Bilik Isteri – ‘Dia WhatsApp Ajak Teman Tidur’

    Artikel Berkaitan: ‘Awak Lebih Perkasa Dari Dia’ – Wanita Dicerai Selepas Kisah Gelap Terbongkar Pada Malam Pertama, Mengaku Dinodai Bapa Kandung

    Perkosa anak kandung, hamil 4 bulan

    Memetik laporan Detik, suspek yang bekerja sebagai penjaga parkir itu melakukan perbuatan terkutuk tersebut sejak tahun 2025 hingga April 2026 di kawasan Kecamatan Sukolilo, Surabaya.

    Menurut pihak polis, suspek mengambil kesempatan terhadap kebenaran yang diberikan oleh bekas isterinya untuk melawat anak mereka dengan melakukan aksi jijik itu.

    MENARIK:  Anzalna Nasir Pilih Bantu Insan Dalam Kesusahan – ‘Dulu Tak Kisah Belanja RM100,000 Beli Barangan Mewah’ 

    Difahamkan, kejadian pertama dilaporkan berlaku ketika bekas isteri suspek sedang tidur. Meskipun pasangan ini sudah berpisah, namun wanita itu memberi keizinan kepada bekas suami bermalam dirumahnya untuk melawat anak.

    Pada awalnya, wanita itu tidak mengetahui perbuatan bekas suaminya namun akhirnya terbongkar apabila mangsa mengelak untuk tidur bersama bapanya.

    Hasil siasatan mendapati tiada unsur ugutan atau kekerasan fizikal digunakan. Namun mangsa yang masih di bawah umur tidak berdaya untuk melawan.

    Suuslan perbuatan tersebut, mangsa kini disahkan hamil empat bulan. Manakala suspek ditahan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

    Sumber: Detik

    The post Kanak-Kanak Bawah Umur Hamil 4 Bulan Diperk*sa Bapa Kandung first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah