Pengarah sensasi, Michael Ang berang dengan sikap segelintir kru produksi yang masih cuai dalam menjalankan tanggungjawab sehingga menjejaskan kelancaran penggambaran.
Artikel Berkaitan: ‘Puteri Balqis, Tak Ada Apa Salah Atau Perlu Minta Maaf Kepada Saya, Salah Faham Je Tu’ – Michael Ang
Artikel Berkaitan: Michael Ang Tak Malu Mengaku Potong Usus – ‘Aku Ingat Satu Malaysia Dah Tahu’
Cuai

Ketika ditemui , Michael, 50, berkata sikap cuai seperti sering terlepas pandang perkara penting tidak seharusnya dijadikan kebiasaan kerana boleh menyusahkan ramai pihak.
Kadang-kadang mereka kata saya garang tapi kesalahan mereka yang menyusahkan semua orang yang berada di set penggambaran termasuk artis.
Terlepas pandang itu bukan sekali dua, dah berlaku banyak kali.
Perkataan terlepas pandang itu saya nak sahaja haramkan.
Michael berkata demikian ketika ditemui ketika sesi lawatan media ke lokasi penggambaran drama terbaharunya Wish List pada petang Selasa.
Bagaimanapun, Michael menegaskan dia tetap bersikap profesional dan meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang pengarah meskipun berdepan situasi tersebut.
Nak atau tidak, sebagai pengarah saya telan saja. Kalau nak marah lebih-lebih nanti kerja-kerja pengambaran kena buat semula.
Selepas habis kerja, buang saja memori buruk itu dan anggap mereka tidak wujud.
Daripada nak bergaduh sesama sendiri, saya rasa lebih baik saya biarkan. Sama juga dengan pelakon yang tidak berdisplin, saya buat begitu juga kepada mereka.
Kata Michael, apabila perkara itu terjadi dia memilih untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak yang terlibat.
Terdahulu, Michael dalam perkongsian di Instagram meluahkan rasa marah berkaitan penyusunan jadual pelakon yang tidak teratur.
Michael mendakwa kru tersebut sering memberikan alasan bahawa mereka terlepas pandang beberapa perkara semasa sesi penggambaran drama berlangsung sehingga menjejaskan kelancaran produksi.
The post Terlepas Pandang Bukan Alasan, Michael Ang Berang Sikap Cuai Kru Produksi first appeared on OHBULAN!.





