Seorang pakar perubatan yang dikenali sebagai Dr Qarafi Tee berkongsi bahawa buah durian sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat kesihatan yang mungkin tidak diketahui oleh ramai orang.
Artikel Berkaitan: Dikecam Berniaga Durian Tak Berbaju, Pelanggan Tetap Beratur Panjang & Jualan ‘Meletup’… Sehari RM10,000
Artikel Berkaitan: Sedap Tapi Bahaya! Ini Risiko Jika Makan Durian Berlebihan
Khasiat buah durian
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, pemilik nama Mohd Qarafi Mohd Ridhuan Tee menjelaskan bahawa durian mengandungi kandungan serat yang tinggi, malah lebih berkhasiat berbanding sesetengah minuman jus buah yang lazimnya tinggi kandungan gula tetapi rendah serat.
Tambahnya lagi, serat dalam buah tersebut boleh bertindak sebagai prebiotik yang membantu kesihatan usus, selain berpotensi mengurangkan paras kolesterol dalam badan.
Ini adalah lima sebab kenapa korang kena makan durian.
Mesti selepas ini tak rasa berdosa dah makan durian.
Pertama, durian ada high fiber, lagi bagus daripada minum air jus buat semata-mata itu.
Sebab jus buah itu ada kandungan gula yang tinggi dan fiber tak banyak.
Bila kandungan fiber tinggi, boleh berfungsi sebagai prebiotic.
Selain itu, Qarafi memaklumkan bahawa beberapa kajian turut menunjukkan durian berpotensi membantu membunuh sel leukemia serta meningkatkan kesuburan.
Khasiat yang kedua, durian boleh kurangkan kolestrol dalam badan.
Boleh juga membunuh sel leukemia dan membantu tahap kesuburan.
Tetapi, kedua-kedua kajian ini baru buat di makmal sahaja dan pada binatang, belum lagi jalankan kajian pada manusia.
Jelas Qarafi lagi, kandungan kalium yang tinggi dalam durian juga boleh membantu menurunkan tekanan darah.
Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa pengambilan buah durian tidak boleh menggantikan fungsi ubat-ubatan yang telah dipreskripsikan oleh doktor.
Yang ketiga adalah buah durian akan membantu menurunkan blood pressure.
Sebab buah durian ada potasium tinggi, dan potasium memang sangat bagus untuk membantu menurunkan blood pressure korang.
Tapi tetap tidak boleh menggantikan fungsi ubat yang mungkin korang tengah makan sekarang.
Dalam masa sama, buah durian turut kaya dengan antioksidan yang berfungsi mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan, sekali gus berpotensi membantu menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, Alzheimer, Parkinson, diabetes serta beberapa masalah kesihatan lain.
Yang terakhir, buah durian ada antioksidan yang tinggi, jadi oxidative stress akan mengurang, dan kuranglah risiko untuk korang kena masalah jantung, alzheimer, parkinson, kencing manis dan macam-macam lagi penyakit.
Buah durian ini juga mengandungi vitamnin C dan vitamin B.
Sehubungan itu, Qarafi turut menasihatkan agar orang ramai tidak mengambil durian secara berlebihan.
Tetapi korang kena beringat, makan banyak sangat buah durian pun tak elok juga.
Kalau ambil sedikit pun dah bagus, yang penting adalah in moderation.
Jangan ambil berlebihan ataupun tak ambil langsung.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Pakar Perubatan Kongsi 5 Sebab Kena Makan Durian – ‘Boleh Kurangkan Risiko Masalah Jantung, Kencing Manis’ first appeared on OHBULAN!.





