28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Qadejah Dedah Ibu Bapa Pantau Pergerakan Ketika Di Luar Rumah – ‘Mereka Tahu Saya Keluar Dengan Siapa, Pergi Mana’

    Shopee Sale

    Anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah El Zahrah, mengakui kedua-dua ibu bapanya sentiasa menitikberatkan aspek keselamatannya setiap kali dia keluar rumah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Ketegasan Qadejah Tegur Sikap Adik – ‘Datuk & Datin Didik Dia Dengan Sangat Baik’

    MENARIK:  Mahkamah Menolak Dakwaan Lafaz Dua Kali Cerai Syamsul Atau Puteri Sarah

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Betul Anak Saya Sakit Macam Itu, Saya Sanggup Dermakan Tulang Sumsum’ – Shahida

    Tetap dipantau

    " data-video-id="7657005593798036756" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @aididitmyway

    Nak keluar kena bagitau details, tak boleh hilang jer #AIDIDITMYWAY #Podcast #CessAmmaryan

    ♬ Woosh – Official Sound Studio

    Menerusi sebuah podcast bersama Aidid It My Way, Qadejah atau lebih mesra disapa Cess mendedahkan bahawa dia hanya dibenarkan keluar bersama rakan baik yang turut mempunyai hubungan rapat dengan keluarganya.

    Saya anak perempuan, jadi memang sudah menjadi lumrah ibu bapa saya akan risau.

    Kalau saya nak keluar, biasanya mama hanya benarkan saya keluar kalau mereka tahu saya pergi dengan siapa dan ke mana.

    Selalunya saya keluar dengan kawan baik saya sahaja.

    Kalau saya keluar dengan kawan baik saya, mama memang kenal kawan saya itu dan juga berkawan baik dengan ibunya.

    Menurut Qadejah, ibunya juga menggunakan aplikasi Life360 bagi menjejaki lokasi serta memantau pergerakannya ketika berada di luar.

    Tambahnya lagi, bapanya turut menetapkan beberapa syarat, antaranya dia perlu memaklumkan waktu keluar serta rakan yang menemaninya setiap kali berada di luar rumah.

    Kalau location, ada apps Life 360, jadinya mama akan selalu tengoklah location saya.

    Mama siap beli apps yang premium sebab nak tengok berapa laju kereta yang kita naik.

    Abah pun kalau saya keluar, saya cuma kena bagi tahu nak keluar pukul berapa, balik pukul berapa dan keluar dengan siapa.

    Dalam masa yang sama, Qadejah mengakui memahami kebimbangan ibu bapanya memandangkan keadaan dunia hari ini yang semakin mencabar dan tidak menentu dari aspek keselamatan.

    Pada pendapat saya, sebagai anak perempuan, memang ibu bapa akan berasa risau.

    Lagipun, keadaan dunia sekarang tak selamat dan tidak semua orang boleh dipercayai.

    Saya faham kebimbangan mereka, dan saya rasa sikap ibu bapa yang tegas itu adalah sesuatu yang baik.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Qadejah Dedah Ibu Bapa Pantau Pergerakan Ketika Di Luar Rumah – ‘Mereka Tahu Saya Keluar Dengan Siapa, Pergi Mana’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah