Pelakon jelita, Anzalna Nasir berkongsi bahawa dia memilih untuk tidak aktif di media sosial sepanjang tempoh percutian bagi memberi sepenuh perhatian kepada keluarga serta menikmati setiap momen bersama.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Bentuk Badan Menarik, Memang VIP & Suami Orang Akan Cuba Mendekati’ – Anzalna Nasir
Artikel Berkaitan: ‘Cantik Sahaja Tak Cukup, Kena Full Package Baru Berbaloi Jadi Isteri’ – Anzalna Nasir
Cipta banyak kenangan

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir, 38, memaklumkan dia hanya akan memuat naik foto dan video percutian beberapa hari selepas mereka pulang daripada bercuti.
Setiap kali saya bercuti, saya akan menjauhkan diri daripada media sosial dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga serta menikmati setiap detik sepanjang percutian.
Saya hanya memuat naik gambar dan video percutian itu beberapa hari selepas kami pulang.
Ujar Anzalna lagi, sepanjang tempoh percutian seharusnya menjadi waktu untuk berehat daripada urusan kerja dan penggunaan telefon bimbit agar setiap momen yang dilalui menjadi lebih bermakna.
Masa bersama orang yang kita sayang sangat berharga.
Saya suka hadir dalam setiap momen supaya dapat menikmati setiap detik dan mencipta banyak kenangan bersama mereka.
Percutian sepatutnya menjadi waktu untuk berehat daripada kerja dan telefon.
Jadi, percutian akan terasa lebih bermakna.
Sumber: Threads
The post ‘Saya Akan Off Media Sosial & Muat Naik Gambar Selepas Pulang Bercuti’ – Anzalna Nasir first appeared on OHBULAN!.





