27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remy Ishak Pelik Video Tolong Isteri Jaga Anak Raih Perhatian – ‘Suami Sekarang Tak Begitu Ke?’

    Shopee Sale

    Pelakon, Datuk Remy Ishak hairan apabila video perkongsiannya yang membantu isteri, Ezza Yusof menguruskan anak tular sehingga menyorot perhatian netizen media sosial.

    Artikel Berkaitan: Remy Ishak Tak Suka ‘Goyang Kaki’, Bantu Isteri Kemas Rumah & Urus Anak

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Remy Ishak & Tuah Alam Seronok Pertama Kali Naik MRT

    Pelik jadi viral

    Ketika ditemui , Remy atau nama lengkapnya Muhammad Zalimei Ishak berkata, dia juga berasa pelik apabila ramai memuji dan melabelnya sebagai seorang suami contoh kepada lelaki di luar sana.

    Ujar pelakon filem ‘Cun’ itu, apa yang dilakukan hanyalah tanggungjawab asas yang perlu dilakukan mana-mana suami di luar sana.

    Saya sebenarnya tak suka baca komen cuma saya tanya juga pada isteri, ‘Kenapa video begini ramai orang tengok?’

    Terbaca jugalah komen dan saya rasa pelik sebab perkara ini biasa, rutin dan memang tugas seorang suami. 

    Tak, sekarang ni suami memang bukan macam itu ke sebelum ini? Tak ada orang buat dah ke? Saya terfikir macam itulah.

    Kenapa video ini viral? Adakah dunia dah berubah dan lelaki tak buat perkara itu? Saya tak pasti tetapi saya dibesarkan dengan cara macam ini.

    Ayah saya, keluarga dan kawan saya pun memang macam ini cuma tak tahulah kalau di luar sana tak ada benda macam ini.

    Remy berkongsi perkara tersebut ketika majlis pengumuman dirinya sebagai duta GAC Malaysia yang diadakan di 1 Utama, Petaling Jaya pada Sabtu.

    MENARIK:  [VIDEO] Fathia Latiff Tak Takut Disaman Kerana Samakan Wajah Zahirah Macwilson Seperti Amah – ‘Bibik Dekat Hotel Lagi Cantik’

    Akan bantu isteri bila cuti

    " data-video-id="7528371336998096136" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @remyishaktiktok

    percaya tak kalau aku cakap aku tak suka sangat berehat 😂 Hari takde shooting aku tak suka goyang kaki. Bila kat rumah, aku akan ambil alih tugasan, ringankan beban isteri. Wife tak paksa & suruh pun, tapi sebab aku rasa tu tanggungjawab & aku memang tak boleh duduk diam 🤣 #kuasakauKAW @Alicafe Malaysia

    ♬ Success And Creation – MeridianMusic

    Bercerita lanjut, pelakon berusia 43 tahun ini memaklumkan dia akan sentiasa membantu isterinya menguruskan kerja rumah setiap kali ada peluang untuk melakukannya.

    Sebenarnya isteri saya yang banyak jaga Tuah dan saya akan ambil alih benda lain.

    Kalau Ezza bawa Tuah berjalan ke luar, saya akan ambil alih bahagian rumah.

    Kalau saya betul-betul cuti, barulah kita buat bersama dan saya nak luang masa bersama keluarga.

    Ketika ditanya apakah perasaannya apabila dijadikan sebagai contoh, Remy beranggapan itu adalah tanggungjawab yang perlu dilakukannya sebagai seorang ‘public figure’.

    Kalau kita pandang dari situ positifnya bagus di mana saya menggalakkan perkara yang baik.”

    Itulah gunanya sebagai seorang pelakon terkenal, kita kena bagi ‘positive vibe’ dan ajak orang sama-sama menjadi positif kalau orang pandang dari sudut yang positif.”

    Sebagai seorang ‘public figure’, kita memang kena kongsikan perkara yang positif.”

    Tapi kalau ada yang tengok dan menganggap video itu dibuat sekadar konten dan untuk viral, itu bukan saya.

    Untuk rekod, Remy dan isterinya, Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan Tuah yang kini berusia dua tahun.

    The post Remy Ishak Pelik Video Tolong Isteri Jaga Anak Raih Perhatian – ‘Suami Sekarang Tak Begitu Ke?’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah