31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Rasa Nak Menangis’ – Individu Kongsi Puteri Balqis & Keluarga Tak Berkira Walau Terima Bayaran Rendah

    Shopee Sale

    Seorang individu tampil mendedahkan kebaikan yang ditonjolkan oleh pelakon Puteri Balqis serta ahli keluargnya.

    Artikel Berkaitan: ‘Kami Tak Akan Benarkan Ibu Disaman, Bergari Seorang Diri’ – Puteri Balqis

    Artikel Berkaitan: Umie Aida, Izara Aishah Pertahan Puteri Balqis – ‘Dia Tak Pernah Kacau Orang, Dia Anak Yang Baik’

    Kebaikan Puteri Balqis

    Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut berkongsi pengalamannya ketika bekerjasama dengan Puteri Balqis.

    Menurut individu tersebut, Puteri Balqis sudi menerima tawaran projek yang diberikan olehnya meskipun dengan harga bayaran yang rendah.

    Aku tahu keluarga Aqish (nama panggilan Puteri Balqis) bagus sangat. Semasa aku buat marketing dulu, aku approach ayah tiri dia.

    Aku orang pertama dalam syarikat dapat reviu dari Aqish. Masa itu KPI kena banyak video setiap bulan.

    Aku minta tolong ayah dia, kalau Aqish dapat bagi dua video dengan harga murah..yang lain minta RM10k-RM20k.

    Bukan itu sahaja, individu tersebut memberitahu bahawa komitmen yang diberikan oleh Puteri Balqis melebihi daripada tuntutan kerja sebenar.

    MENARIK:  Ammar Titan Tak Kisah Dilabel ‘Try Hard’ Untuk Dapatkan ‘Job’ – ‘Saya Tak Kacau Orang & Itu Periuk Nasi Saya’

    Justeru, individu berkenaan mengagumi keperibadian Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 itu serta keluarganya yang disifatkan sangat mudah untuk bekerjasama.

    Bila dah siap, bukan setakat dua tapi empat ke enam video dia bagi. Rasa nak menangis.

    Tapi syarikat marah pada aku sebab habiskan RM1,000 untuk Aqish sahaja.

    Lepas aku keluar dari syarikat tu, berderet mereka guna Aqish sebab masa itu dia mula naik.

    Aku tahu mereka ini sangat baik, menolong orang tanpa berkira.

    Terdahulu, kecoh di media sosial, apabila Puteri Balqis menyeru nama pelakon Mia Sara Nasuha ekoran dakwaan terpalit dengan isu memburukkan keluarganya.

    Dakwa Aqish, Mia turut memburukkan ibunya secara terbuka, selain meninggalkan tanda suka pada komen berunsur hinaan.

    Sumber: Threads

    The post ‘Rasa Nak Menangis’ – Individu Kongsi Puteri Balqis & Keluarga Tak Berkira Walau Terima Bayaran Rendah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah