29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ramai Minta KRU Hasilkan Dokumentari Tapi Kami Rasa Belum Tiba Waktunya’

    Shopee Sale

    Hampir lebih tiga dekad menapak nama dalam industri, kumpulan KRU menolak permintaan untuk menghasilkan dokumentari mengenai perjalanan mereka sebagai anak seni.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] KRU Tidak Pernah Terdetik Mahu Tarik Diri Dari Anugerah – ‘Peminat Fanatik Marah Kalau Kami Tak Bertanding’

    Artikel Berkaitan: Konsert ‘KRU The Finale: One More Time’ Bakal Berlangsung November Ini, Tiket Mula Dijual Pada Jumaat

    Dokumentari KRU

    Ketika ditemui , Edry Abdul Halim memaklumkan KRU menerima tawaran untuk menghasilkan dokumentari atau filem jenis biopik.

    Menurut Edry, KRU belum bersedia untuk diabadikan dalam bentuk dokumentari namun yakin waktunya bakal tiba.

    Mengenai kami, biarlah orang lain yang hasilkan. Kalau kami sendiri buat, nanti nampak seperti angkat bakul sendiri. Tak manis begitu.

    Sama juga kalau nak buat filem biopik, lebih baik biar pihak luar yang menguruskannya.

    Ramai datang minta kami hasilkan dokumentari atau biopik, tapi saya rasa belum tiba waktunya.

    Edry selaku wakil KRU berkata demikian ketika ditemui pada sidang media StarKRUise Showcase yang berlangsung di Royale Chulan Damansara, baru-baru ini.

    MENARIK:  201 Lelaki Termasuk 17 Penjawat Awam Ditahan, Didakwa Terbabit Aktiviti Songsang

    Masuk bakul angkat sendiri

    Berkongsi lebih lanjut, Edry menyerahkan kepada produksi luar bagi menghasilkan perjalanan kumpulan KRU dalam bentuk dokumentari.

    Bagaimanapun, perjalanan KRU yang masih aktif ini menyukarkan pihak produksi untuk menyediakan jalan cerita dengan penamat.

    Kalau mahu hasil yang eksklusif, semuanya kena diceritakan. Sedangkan ada perkara peribadi dalam hidup kami yang tak semua wajar dikongsi.

    Ada perkara yang kami sendiri tak selesa nak kongsi.

    Mungkin satu hari nanti, bila masa dah tiba, biarlah orang lain yang buat. Cerita kami pun belum habis lagi.

    Cerita kami belum ada penamat. Kalau belum ada ending, susah nak cerita.

    The post ‘Ramai Minta KRU Hasilkan Dokumentari Tapi Kami Rasa Belum Tiba Waktunya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah