30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    201 Lelaki Termasuk 17 Penjawat Awam Ditahan, Didakwa Terbabit Aktiviti Songsang

    Shopee Sale

    Pengunjung sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit iaitu seramai 201 orang lelaki telah ditahan berikutan didakwa terlibat dalam aktiviti tidak bermoral iaitu hubungan songsang.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Dedah Terima Tempahan Dewan Kahwin Daripada Pasangan Gay – ‘Kami Tolak, Itu Prinsip’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lavender Marriage’ Meliar Di Malaysia, Doktor Perjelas Implikasi Bahaya – ‘Risiko Jangkitan Penyakit Kelamin & HIV’

    Aktiviti songsang

    Menurut laporan Kosmo, operasi mengejut tersebut dilakukan pada jam 8 malam semalam membabitkan Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas menjalankan risikan selama dua minggu.

    Paling mengejutkan adalah premis terbabit menyediakan bilik khas yang dikenali sebagai ‘dark room’ iaitu tempat untuk melempiaskan nafsu. Sebelum ke tingkat atas, pengunjung akan diminta untuk menanggalkan pakaian dan diberikan tuala.

    Difahamkan, pusat spa dan kesihatan itu beroperasi di tingkat dua dan tiga sebuah bangunan rumah kedai, di mana tingkat bawah adalah gimnasium manakala tingkat atas diubah suai untuk sauna dan jakuzi.

    MENARIK:  [VIDEO] Kate Middleton Mendedahkan Bahawa Beliau Menghidap Kanser

    Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Azani Omar memaklumkan hasil daripada operasi tersebut 17 orang daripada mereka yang ditahan adalah penjawat awam yang berkhidmat sebagai doktor pakar, guru, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik serta pegawai agensi penguatkuasaan.

    Tangkapan membabitkan 24 warga asing manakala selebihnya warga tempatan termasuk 17 penjawat awam berusia antara 19 hingga 60 tahun.

    Pihak polis turut merampas kondom dan beberapa barangan berkaitan aktiviti tidak bermoral.

    Pusat itu mengenakan caj RM35 bagi setiap kemasukan, dengan tambahan RM10 sebagai yuran pendaftaran untuk ahli baharu.

    Mohd. Azani memaklumkan bahawa, kes disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana persetubuhan luar tabii dan mereka yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi ujian saringan air kencing serta siasatan lanjut.

    Sumber: Kosmo

    The post 201 Lelaki Termasuk 17 Penjawat Awam Ditahan, Didakwa Terbabit Aktiviti Songsang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah