26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PU Rahmat Dedah Ada Perisik Sertai Misi GSF, Punca Kapal Sering Rosak – ‘Bukan Orang Malaysia’

    Shopee Sale

    Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), PU Rahmat mendedahkan terdapat perisik dipercayai ejen mossad yang menyertai misi kemanusiaan menuju ke Gaza, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Rahmat Gesa Orang Ramai Beri Tekanan Pada Isra*l, Lepaskan Semua Aktivis – ‘Mereka Seperti Ibu Bapa Kita’

    Ada pengkhianat

    PU Rahmat atau nama sebenar Rahmat Ikhsan, berkata, kehadiran individu berkenaan disedari selepas beberapa insiden pelik berlaku ketika dalam pelayaran, termasuk masalah teknikal yang berulang pada kapal yang dinaiki.

    Ada mossad (perisik) yang menaiki kapal dengan kami. Ada seorang mamat (lelaki) ini, asal kapal dia naik itu mesti rosak.

    Sampai kami terpaksa buang atau gugurkan dari kapal, barulah kapal tidak rosak. Memang wujud adanya mossad dalam misi ini.

    PU Rahmat menjelaskan individu terbabit bukan rakyat Malaysia, sebaliknya dipercayai datang dari negara lain yang turut sama menyertai misi berkenaan.

    Perisik itu bukan orang Melayu atau dari Malaysia, alhamdulillah. Sukarelawan Melayu setakat ini dipuji di peringkat antarabangsa, mudah diurus dan bagus jadi pemimpin.

    Dalam masa sama, PU Rahmat memberitahu, individu yang disyaki perisik itu telah dihantar pulang dan tidak dibenarkan meneruskan misi bersama peserta lain.

    Dia dibuang di pulau atau daratan terdekat. Apabila dia di suruh balik, maka dia tidak dapat teruskan misi berkenaan.

    Sumber: TikTok

    MENARIK:  [VIDEO] 10 Tahun Tak Berlakon, Zahida Rafik Idam Watak Yang Mencabar & Lasak Untuk Buat ‘Come Back’

    The post PU Rahmat Dedah Ada Perisik Sertai Misi GSF, Punca Kapal Sering Rosak – ‘Bukan Orang Malaysia’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah