27.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Syed Saddiq & Bella Astillah – ‘Kad Jemputan Jangan Lupa’

    Shopee Sale

    Berita gembira mengenai majlis pertunangan di antara ahli politik Syed Saddiq bersama selebriti terkenal Bella Astillah turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Melamar Bella Di Atas Gunung Kinabalu Ketika Hujan Lebat’ – Syed Saddiq

    Artikel Berkaitan: ‘Bella & Syed Saddiq Bertunang Dulu, Barulah Nikah Dalam Tempoh Beberapa Bulan Lagi’

    Ucapan tahniah

    Menerusi ciapan di laman X, Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan popular tersebut di atas pertunangan mereka hari ini.

    Dalam masa yang sama, Anuar juga berseloroh dengan mengingatkan Saddiq supaya tidak lupa memberinya kad jemputan perkahwinan.

    Tahniah, kad jemputan jangan lupa.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut gembira melihat menyatuan dua hati itu dan mendoakan agar persiapan mereka menuju hari bahagia dipermudahkan.

    MENARIK:  ‘Rock Warrior Music Festival’ Bakal Beri Pengalaman Muzik Yang Tiada Tandingan Kepada Semua Peminat Rock

    Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, berkongsi momen ketika dia melamar bakal suri hatinya itu.

    Sebelum ini media melaporkan pasangan itu bakal mengadakan majlis pertunangan pada petang Sabtu di Lembah Klang manakala majlis perkahwinan dijangkakan berlangsung beberapa bulan lagi.

    Sumber: X

    The post PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Syed Saddiq & Bella Astillah – ‘Kad Jemputan Jangan Lupa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah