30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Gagal Didik Isteri, Kemudi Rumah Tangga’ – Along Enggan Lagi Berhubung Dengan Afreena

    Shopee Sale

    Pelawak dan pelakon, Along Cham meluahkan rasa syukur apabila polemik rumah tangganya bersama bekas isteri, Afreena Suhaimi akhinya menemui titik noktah selepas mereka sah bercerai talak satu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Along Cham Hadir Ke Mahkamah Bersama Ibu, Bakal Dedah Bukti Kepada Hakim – ‘Semoga Semua Settle’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Along Cham Dakwa Ibu Pernah Larang Berkahwin Dengan Isteri – ‘Pejabat Agama Kata Ini Adalah Perkahwinan Yang Ketiga Dia’

    Lupakan kisah hitam

    Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, berkata, dia mahu melupakan segala kisah hitam sebelum ini dan ingin meneruskan kehidupan.

    Alhamdulillah, saya lega kerana setahun perkara ini (kes cerai) berjalan. Sekarang saya mahu ‘move on’ dan teruskan kehidupan.

    Saya bersyukur ada ibu di sisi dan semua yang banyak mendoakan saya. Terima kasih semua.

    Along berkata demikian sejurus selesai prosiding pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, pada Selasa.

    Gagal didik isteri

    Ditanya adakah gagal menjadi suami kepada Afreena, Along mengakui perkara itu dan berlapang dada menerima kekurangan diri sepanjang memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ketika melayari bahtera perkahwinan.

    Ingin kata saya serik berkahwin itu tidak, saya anggap semua ini ujian dalam perkahwinan dan dapat belajar sesuatu.

    Nak salahkan orang lain pun tidak boleh kerana akhirnya berbalik kepada tanggungjawab seorang suami.

    Orang pasti akan cakap saya gagal mendidik isteri, saya akui semua itu. Saya gagal mengemudi rumah tangga ini dengan baik.

    Ujian yang saya tanggung bukan dalam perkahwinan sahaja tetapi malapetaka turun menimpa karier. Antara malapetakanya saya ditahan di Penjara Sungai Buloh.

    Dalam pada itu, Along menegaskan dia tidak mahu lagi mempunyai sebarang urusan dengan bekas isteri selepas ini.

    Sekali lagi saya cakap, saya mahu ‘move on’. Mungkin ada setengah perkahwinan selepas bercerai mereka boleh berkawan, namun tidak pada saya.

    Dengan apa yang dia lakukan pada saya selama ini sejak hari pertama saya ditahan, macam-macam dugaan dah.

    Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Along dan Afreena sah bercerai talak satu.

    MENARIK:  Kontroversi Netizen Terhadap Leona Kerana Ketidakfasihan Bahasa Melayu

    Imbas kembali, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena pada 4 April 2024.

    Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan penyanyi Zila Saeron pada September 2016.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Ahmad Daniel, 14 yang kini di bawah jagaan Along.

    The post ‘Saya Gagal Didik Isteri, Kemudi Rumah Tangga’ – Along Enggan Lagi Berhubung Dengan Afreena first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah