33.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Guru Tuisyen Berdepan Hukuman Penjara 165 Tahun Didakwa Rogol Dua Anak, Ada 7 Lagi Pertuduhan Lain

    Shopee Sale

    Seorang guru tuisyen berusia 53 tahun sekali lagi didapati bersalah apabila berdepan tujuh lagi pertuduhan yang melibatkan anak sulungnya di Lahad Datu, Sabah.

    Artikel Berkaitan: Pesakit HIV Mengaku Rogol Wanita OKU, Dipenjara 10 Tahun & 5 Sebatan

    Artikel Berkaitan: ‘Para Pendakwah Jangan Mempertahankan Kezaliman Rogol’ – PU Rahmat

    Rogol dua budak

    Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 165 tahun selepas didapati bersalah merogol dua anak kandungnya.

    Bagaimanapun, kesimpulan akhir masih belum dapat dibuat berikutan laporan perubatan mangsa masih belum diperoleh.

    Sebelum ini, semasa prosiding pada 6 Mei lalu, pelaku mengaku bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan yang dikemukakan secara berasingan.

    Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan terhadap anak sulungnya yang kini berusia 25 tahun di beberapa hotel di daerah tersebut dalam tempoh antara Disember tahun lalu hingga 19 Mac lalu.

    Menurut Hakim Ahmad Faizadh Yahaya, pelaku akan dikenakan hukuman jika terbukti bersalah mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan tidak kurang 10 kali.

    MENARIK:  Suami Tinggal Isteri Kedua & Bayi 4 Bulan Di Masjid Ketika Balik Beraya – ‘Keluarga Di Kampung Tak Terima Dia’

    Untuk rekod, Mahkamah Sesyen Lahad Datu menjatuhkan hukuman penjara 165 tahun terhadap tertuduh selepas mengaku bersalah merogol dua anak perempuannya menerusi 11 pertuduhan.

    Selain itu, setiap pertuduhan membawa hukuman penjara 15 tahun yang diperintahkan berjalan secara berasingan, selain 10 sebatan bagi setiap kesalahan.

    Sumber: Sinar Harian

    The post Guru Tuisyen Berdepan Hukuman Penjara 165 Tahun Didakwa Rogol Dua Anak, Ada 7 Lagi Pertuduhan Lain first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah