26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Perasaan Sedih Tetap Ada, Saya Cadang Buat Tahlil Untuk Andre Pada Hari Raya Pertama’ – Amyza Aznan

    Shopee Sale

    Pelakon, Amyza Aznan mengakui bahawa sambutan Aidilfitri tahun ini terasa jauh berbeza susulan pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail yang menghembuskan nafas pada hari kelima Ramadan.

    Artikel Berkaitan: Amyza Aznan Dedah Wanita Yang Banyak Bantu Uruskan Arwah Anak – ‘Wan Sakinah Bersama Andre Hingga Nafas Terakhir’

    Artikel Berkaitan: Amyza Aznan Ralat Tiada Di Sisi Andre Mikhail Ketika Hembus Nafas Terakhir – ‘Ramadan Ini Sangat Perit’

    Buat tahlil

    Ketika ditemui , Amyza berkata dia tidak merancang sebarang sambutan pada Hari Raya pertama, sebaliknya memilih untuk mengadakan majlis tahlil bagi melepaskan rindu terhadap Andre.

    Betul, tahun ini raya kami memang berbeza. Kami tetap beraya seperti biasa, cuma perasaan sedih itu tetap ada.

    Namun, ahli keluarga dan rakan-rakan yang datang menziarah, kita sambut dengan sebaiknya walaupun dalam suasana sederhana.

    Rasa kehilangan itu memang tiba-tiba. Jadi, pada malam raya pertama saya bercadang untuk buat tahlil.

    Insya-Allah bermula petang hingga malam. Itu sahaja perancangan kami untuk raya kali ini.

    Menyentuh mengenai kenangan bersama Andre, Amyza menyatakan bahawa arwah dikenali sebagai seorang yang ceria.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Moga Allah Datangkan Kebahagiaan Berganda Buat Kamu & Ibu Kamu’ – Mikhail Isaaq

    Raya

    Bercerita lanjut, Amyza berkata Andre tidak pernah membuat persiapan awal, namun kali ini dia sempat melakukannya bersama anak keduanya, Adrian Adam.

    Kenangan bersama arwah terlalu manis. Antaranya, kami suka dengar dia menyanyi pada hari raya.

    Apa sahaja yang saya masak seperti kari ayam tua, rendang ayam tua dan pulut, semuanya dia suka.

    Mereka sudah beli empat pasang baju raya seminggu sebelum puasa dan siap merancang untuk dipakai hingga hari raya keempat.

    Tak pernah berlaku sebelum ini mereka beli awal. Warna pilihan pula kuning, coklat gelap, hitam dan putih. Dia memang sangat teruja.

    Dalam masa yang sama, Adrian mengakui momen yang paling dirinduinya adalah saat dia membantu arwah bersiap pada pagi Syawal.

    Memang rindu. Setiap pagi raya, abang akan tolong pasangkan butang baju, pakaikan samping dan gosokkan baju saya.

    Momen-momen itu yang saya akan paling rindu.

    The post ‘Perasaan Sedih Tetap Ada, Saya Cadang Buat Tahlil Untuk Andre Pada Hari Raya Pertama’ – Amyza Aznan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah