27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azira Shafinaz Putus Cinta Selepas 12 Tahun Bersama Kekasih – ‘Tiada Spark Lagi’

    Shopee Sale



    Azira Shafinaz

    Hubungan percintaan berakhir selepas 12 tahun, penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz tidak menganggap tempoh tersebut sebagai membuang masa.

    Tiada jodoh

    Azira Shafinaz

    Enggan mendedahkan punca perpisahan, Azira atau nama lengkap Azira Shafinaz Ramlan, 34, bagaimanapun reda dengan apa yang telah terjadi dan percaya pada jodoh yang sudah diatur Ilahi.

    Nak buat macam mana jodoh tak panjang, tapi saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya ini dan terus doakan jodoh saya. Mana tahu tahun depan saya berkahwin?

    Banyak perkara saya belajar daripada hubungan itu tapi cukup hanya saya saja yang tahu. Bercinta terlalu lama mungkin sudah tidak serasi atau tiada ‘spark’ lagi.

    Saya percaya pada jodoh, kalau ada mungkin saya bersama dengan dia.

    Azira berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa Astro Shaw bersama anak-anak yatim bertempat di Espira Kinrara, Puchong, baru-baru ini.

    Bukan pertama kali putus

    Azira Shafinaz

    Mengakui belum sepenuhnya ‘move on’, anggota kumpulan DeFam itu bagaimanapun berkata, perasaanya tenang sahaja kerana ini bukan pertama kali dia putus cinta.

    Putus dah berkali-kali, tapi mestilah putus kali pertama paling sakit, lama-lama ke ‘dalam’ cuma kali ini lebih tenang.

    Nak kata sepenuhnya ‘move on’ itu tak pasti tapi saya sudah tidak fikirkan perkara itu. Sekarang ini saya cuma nak jaga mental saya kerana itu lebih penting.

    Tidak serik untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki, Azira berkata, dia sentiasa berdoa dipertemukan dengan bakal jodoh yang memahaminya.

    Kalau boleh nak mencari pasangan memahami tentang kerjaya sebab kadang-kadang saya sendiri tiada masa untuk diri sendiri.

    Jadi kalau dapat pasangan tidak memahami mungkin akan jadi isu, saya sudah bersedia (berkahwin) cuma cincin dan jodoh belum ada.

    Imbas kembali, pada Oktober 2023, Azira seolah-olah memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya apabila berkongsi ucapan romantis buat kekasihnya yang dikenali sebagai Yasser Khan.

    MENARIK:  Dua Beradik Maut Kemalangan, Ahli Keluarga Kebumikan Sekali Dengan Motosikal

    Azira juga berkongsi foto kekasih hatinya berserta kapsyen seakan menanti giliran disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah