26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pempengaruh Berstatus Isteri Orang Kantoi Curang, Foto & Video Mesra Dengan Skandal Tersebar?

    Shopee Sale

    Pempengaruh dari Indonesia iaitu Jule menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas didakwa berlaku curang.

    Didakwa curang?

    Pemilik nama Julia Prastini yang sudah berkahwin dengan jejaka berasal dari Korea Selatan iaitu Na Daehoon dan memiliki tiga orang cahaya mata itu didakwa menjalinkan hubungan dengan jejaka lain meskipun masih berstatus isteri orang.

    Berita tersebut mula timbul selepas satu akaun Instagram, Thesecretlifeofjuleee_2 memuat naik beberapa foto dan video mesra yang didakwa mirip Jule dengan seorang jejaka.

    MENARIK:  [VIDEO] Azza Elite Sakat Abby Abadi Tengok Video Zul Ariffin, Netizen Seloroh – ‘Cerita Lama Jangan Dikenang

    Lebih mengejutkan apabila turut tersebar aksi pasangan ini berciuman dan meluangkan masa bersama di sebuah bilik.

    Menerusi tinjauan , Jule kini dilaporkan telah menutup ruangan komen akaun media sosialnya susulan namanya menjadi topik hangat netizen.

    Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkaitan isu tersebut.

    Untuk rekod, Jule dan Daehoon mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 2021 selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan serius.

    Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

    Sumber: Media Sosial

    The post Pempengaruh Berstatus Isteri Orang Kantoi Curang, Foto & Video Mesra Dengan Skandal Tersebar? first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah