Penyanyi Azza Elite sakan mengusik rakan selebritinya, Abby Abadi dan pelakon Zul Ariffin yang pernah menjadi bualan hangat di media sosial suatu ketika dahulu.
Artikel Berkaitan: ‘Fazura Merendah Diri, Dia Bagitahu Fatima Aunty Azza Ikon’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Belum Cukup Scammer Nak Tipu Saya’ – Azza Elite Berlakon Histeria ‘Kenakan’ Penipu
Zul Ariffin
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Azza dilihat membuka sebuah video Zul Ariffin yang sedang menyantuni peminat di sebuah majlis yang dihadiri.
Bagaimanapun, reaksi Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan mencuit hati apabila tersenyum sipu menonton video tersebut.
Ini kerja Azza ya sebab saya tak buat kerja-kerja macam ini.
Saya rabun, tak nampak video apa yang dia buka di telefon.
Dia suruh saya berlakon senyum-senyum, saya ikut saja.
Kau tunggu, aku balas nanti dengan ‘N’, ‘adakah hidupku satu gurauan’.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian yang berdurasi hampir seminit itu. Selain itu, warganet sempat berseloroh menitipkan pesanan pada Abby agar tidak kembali jatuh cinta.
Sumber: TikTok @abbyabadi.exclusive
The post [VIDEO] Azza Elite Sakat Abby Abadi Tengok Video Zul Ariffin, Netizen Seloroh – ‘Cerita Lama Jangan Dikenang first appeared on OHBULAN!.





Sy rabun.. tak nampak pun apa video yg dia buka kat hp dia.. dia suruh Sy berlakon senyum2, Sy ikut je.. rupanyaaaa.. 
Ko tungguuuuu.. aku balass nanti dgn N… “adakah hidupku satu gurauan”
Ps: save flight ye.. baca doa kemana2 pun.. ingat! Jgn bawakkan beg org! Bahaya 



