Suasana santai seorang peminat tiba-tiba berubah menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila terserempak dengan vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie di jalan raya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Isteri Minta Bawa Jumpa Erra Fazira’ – Awie
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaki Yamani & Putra Ahmad Merrah Raih Perhatian, Netizen Terhibur Dengar Intonasi- ‘Dah Macam Jamal Abdillah & Awie’
Terserempak dengan Awie

Menerusi perkongsian di Threads, individu dikenali sebagai Dody itu berkata dia sedang menikmati lagu-lagu Awie dalam kereta sambil memerhati pemandangan di tepi tingkap.
Namun, momen itu menjadi luar biasa apabila melihat figura berambut putih dan panjang muncul membuka tingkap keretanya.
Random gila! Tengah layan lagu Awie dalam kereta, aku asyik layan pemandangan tepi tingkap.
Kemudian nampak brother ni buka tingkap, rambut putih panjang muka mau garing tak lain tak bukan memang dia lah! Aku terus jerit “AWIEEE!”
Lebih mengejutkan, Awie kemudian mengejar kereta tersebut selepas menyedari nombor plat kenderaan itu ialah ‘AW15′, seakan-akan menyerupai namanya.
Paling tak expect, dia kejar kami, dia baru perasan nombor plat kami pakai “AW15” iras-iras nama Awie. Dia berseloroh nak beli nombor ni.
Sumber: Threads
The post Peminat Syok Layan Lagu, Terkejut Terserempak Dengan Awie – ‘Tak Expect Dia Kejar Kereta Sebab Nombor Plat Kami’ first appeared on OHBULAN!.





