Pempengaruh dan usahawan, Anes Ayunie tampil berkongsi pandangannya mengenai kepentingan memilih bakal suami yang bertanggungjawab.
Artikel Berkaitan: Anes Ayunie Reda Rahim Dibuang, Tidak Lagi Datang Haid – ‘Allah Nak Aku Puasa & Solat Penuh
Artikel Berkaitan: Ayunie Syukur Selamat Selepas Berdepan Komplikasi Kehamilan – ‘Tanpa Kuasa Mu, Aku Tak Mampu Di Sini Lagi Ya Allah’
Salah pilih pasangan

Menerusi perkongsian di Threads, Ayunie memuat naik tangkap layar (screenshot) yang memaparkan perbualan bersama suaminya.
Menerusi tangkap layar tersebut, Ayunie dilihat bertanyakan cara menyediakan susu susulan keadaanya yang baru menimang cahaya mata kedua.
Justeru itu, Ayunie berpendapat pemilihan bakal suami tidak boleh dipandang ringan kerana kehidupan selepas berkahwin berbeza berbanding ketika fasa bercinta.
Bila dah berumah tangga baru aku terfikir , sengsaralah perempuan kalau salah pilih lelaki.
Waktu bercinta semuanya indah sebab hanya bercinta.
Dalam pada itu, Ayunie turut berkongsi menerusi akaun rasminya mengenai pengorbanan suami yang banyak membantu menguruskan bayi serta menjaga emosinya.
Selama pantang, tak pernah sekali suami tinggalkan saya. 24jam ada dengan saya sampai bosan.
Kalau dia keluar beli barang, dia akan bagi bayi pada pembantu rumah sebab dia nak saya rehat.
Sumber: Threads @ayunieso Instagram @ayunieso_
The post ‘Perempuan Akan Sengsara Kalau Salah Pilih Lelaki’ – Anes Ayunie first appeared on OHBULAN!.





