24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Tahu Kenapa Perkara Ini Terjadi’ – Sheila Mambo Dedah Hampir Setengah Tahun Tiada Tawaran Berlakon

    Shopee Sale

    Pelakon veteran, Sheila Mambo, mendedahkan bahawa dia sudah hampir enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon daripada mana-mana pihak produksi.

    Artikel Berkaitan: Sheila Mambo Tolak Tawaran Bayaran Rendah – ‘Kalau Ambil, Saya Akan Rosak Industri Ni..Kasihan Kawan-Kawan Lain’

    Tawaran drama pendek sahaja

    Ketika ditemui , Sheila atau nama sebenarnya Rusilawati Hassan, 63, berkata sepanjang tahun lalu dia hanya bergantung kepada tawaran drama pendek sebagai sumber pendapatan.

    Kata Sheila, dia sendiri tidak mengetahui punca dirinya semakin kurang menerima peluang dan tawaran dalam industri seni sejak kebelakangan ini.

    Sehingga kini saya memang sudah tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

    Saya sudah setengah tahun tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

    Tahun lepas pun saya cuma bergantung kepada projek drama pendek sahaja.

    Saya sendiri tidak tahu mengapa perkara ini terjadi.

    Sheila berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat dan pelancaran trailer filem ‘Tiket Sehala’ di Tomaz Pickleball Club, Subang Jaya, pada Khamis.

    Dalam pada itu, Sheila menjelaskan bahawa kadar bayaran bagi lakonan drama pendek masih berbaloi kerana kebiasaannya ditentukan berdasarkan jumlah hari penggambaran.

    Kadar bayaran harian drama pendek ini tidaklah terlalu rendah.

    Pihak produksi akan membayar mengikut jumlah hari bekerja, misalnya sekitar RM1,500 jika penggambaran berjalan selama tiga hari.

    Jadinya, dalam sebulan saya boleh mendapat tawaran daripada tiga tempat produksi drama pendek, jumlah itu sudah memadai bagi saya.

    Dalam masa sama, Sheila menegaskan bahawa seseorang pelakon tidak seharusnya memandang rendah terhadap tawaran berlakon dalam drama pendek.

    MENARIK:  ‘Anak-Anak Beraya Dengan Nubhan Dahulu, Raya Kedua Baru Bersama Saya’ – Dr Afifah

    Justeru, setiap pelakon perlu membawa watak yang diberikan dengan sebaik mungkin selain menunjukkan sikap profesional ketika berada di set penggambaran dengan melaksanakan segala tugasan yang diarahkan.

    Kita berlakon dalam drama pendek, bukan bermakna kita tiada pilihan lain.

    Tetapi, jika itu sudah jalan usahanya, kita terima sahaja.

    Walaupun sekadar drama pendek, status anda tetap seorang pelakon yang perlu membawa imej itu dengan baik.

    Bawalah watak tersebut dengan elok dan uruskan diri dengan betul di set penggambaran.

    Lakukan tugas anda sehabis baik seperti apa yang diperlukan dalam skrip atau yang diminta oleh pengarah.

    The post ‘Tak Tahu Kenapa Perkara Ini Terjadi’ – Sheila Mambo Dedah Hampir Setengah Tahun Tiada Tawaran Berlakon first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah