Pelakon, Datuk Remy Ishak berkongsi pandangannya mengenai kenyataan pempengaruh media sosial sensasi, DMA Islam yang mendakwa semua wanita hanya perlu membuat kerja rumah dan menurut saja.
Artikel Berkaitan: Remy Ishak & Nora Danish Berganding Dalam Telefilem ‘Saling Tak Terlihat’, Angkat Tema Cinta Menyentuh Hati
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Terus Masuk Rumah’ – Remy Ishak Kongsi Cara Lindungi Diri & Keluarga Lepas Shooting Filem Seram
Komen Remy

Menjengah ke ruangan komen, pemilik nama Mohammad Zalimei Ishak, 43, menegaskan setiap manusia itu mempunyai pandangan dan pemahaman yang berbeza-beza tentang sesuatu topik.
Saya bukan nak back up, saya pun tidak setuju dengan hujah dia tapi pada saya setiap manusia itu unik dan punya pandangan yang berbeza.
Menurut pelakon drama Nur Kasih itu, orang ramai perlu belajar menghormati perbezaan tanpa menghukum seseorang hanya kerana berbeza pendapat.
Janganlah disebabkan kita tidak setuju dengan pendapat dia, habis teruk di hentamnya.
Jangan paksa orang ikut cara dan sistem yang kita faham. Setiap kita berbeza.
Terdahulu, DMA Islam mendakwa wanita hanya perlu melakukan kerja di rumah dan ‘mengangkang’ selain menurut cakap suami.
Dakwanya lagi, suami yang melakukan kerja rumah atau membantu isteri dianggap bertentangan dengan sifat kelelakian.
Sumber: Threads
The post Remy Ishak Komen Kenyataan DMA Islam – ‘Setiap Manusia Unik, Jangan Hentam Sebab Kita Tak Setuju Dengan Pendapat Dia’ first appeared on OHBULAN!.





