29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fazley Yaakob Terima Teguran PU Syed, Akui Tak Mudah Nak Terus Kahwin – ‘Saya Anggap Komen Itu Sebagai Caranya Jalankan Tanggungjawab’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, menerima teguran daripada pendakwah bebas, PU Syed, susulan kemesraannya bersama usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV), yang dipamerkan di media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Nasihat Vida & Fazley Segera Nikah – ‘Yang Tidak Suka Dengan Perkara Baik Hanya Syaitan’

    MENARIK:  [VIDEO] Anak Bongsu Shuib Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah dan Mengundang Perasaan Sedih – 'Ayah Tak Sempat Melihat Ibunya, Semoga Kalian Bersatu Di Syurga'

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Roslan Shah Doa Yang Terbaik Buat Vida & Fazley Yaakob – ‘Tak Timbul Soal Rampas-Merampas’

    Terima teguran ustaz

    " data-video-id="7660832608384781588" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @matchalattee.ea

    Terima Kasih Uztaz 🫰 #fypage #4u #Didalavida #datoserivida #datofazley

    ♬ kota ini tak sama tanpamu (with Aziz Harun & Aisha Retno) – Nadhif Basalamah & Aziz Harun & Aisha Retno

    Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Ahmad Fazley Yaakob, 48, mengakui tidak berkecil hati dengan teguran yang disampaikan pendakwah berkenaan.

    Menurut Fazley, dia menganggap teguran itu sebagai satu bentuk tanggungjawab yang dilaksanakan PU Syed sebagai seorang Muslim.

    Saya okay saja.

    Ustaz Syed komen sebab itu tanggungjawab dia. Dia tidak menghina. Sebagai seorang ustaz, saya sokong saja dia.

    Ustaz Syed sentiasa beri komen-komen yang bernas walaupun pedas.

    Pada saya, biarkan saja. Saya tidak terasa dan hanya menganggap komen itu sebagai caranya menjalankan tanggungjawab.

    Terima kasih ustaz.

    Dalam pada itu, Fazley berkata, urusan untuk berkahwin bukanlah perkara yang mudah kerana kedua-dua mereka mempunyai anak yang perlu diutamakan.

    Perkara kahwin ini tak boleh terus kahwin. Hari ini rancang, esok kahwin.

    Banyak aturannya. Kedua belah pihak keluarga, anak-anak dan susunan.

    Apa yang berlaku antara kami berdua, keluarga dah tahu dah. Cuma tidak beritahu secara umum sebelum waktunya.

    Sumber: TikTok @matchalattee.ea

    The post [VIDEO] Fazley Yaakob Terima Teguran PU Syed, Akui Tak Mudah Nak Terus Kahwin – ‘Saya Anggap Komen Itu Sebagai Caranya Jalankan Tanggungjawab’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah